Thursday, 25 September 2014

Rindu kawan-kawan blogger. Tak tipu.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dah lama tak menulis dalam Bahasa Malaysia. Asyik tulis dalam English sebab memang nak sangat improve dalam English. Nak buat macam mana, dah namanya guru bahasa Inggeris kena lah boleh berbahasa Inggeris dengan baik, ye tak? *lap peluh jantan di dahi*

Serius cakap, bahasa Inggeris aku dah berhabuk. Bukan berhabuk sebab banyak sangat perkataan dalam kepala otak sampaikan susah nak dibersihkan (bayangkan perabot yang sangat banyak sampaikan banyak habuk kat celah-celah). Tapi sebab dah lama sangat tak guna dan aku adalah spesies manusia yang keras hati (sekarang bayangkan perabot sikit je tapi dah bersawang dalam setor). Kalau aku tak nak, memang aku akan cuba cekalkan hati tak nak buat. Dan aku jarang speaking English dalam kelas sebabnya ada suara kecil dari otak yang cakap Noor jangan cakap English nanti kau mess up buek malu je kek bebudak ROFL.

Dah. Bukan menulis nak mengumpat diri sendiri. Nak bagitahu bahawasanya aku rindu ramai orang. Aku rindu kawan-kawan blogger yang dah lama tak dijenguk. Kawan blogger yang dulunya selalu rajin kunjung-mengunjung lepas tu macam tak sah kalau tak komen dan komen selalunya ada kata-kata smeangat yang tak bosan baca. Kenapa tak jenguk? You may ask. Dan aku akan keluar dengan bermacam-macam alasan. Alasan yang agak popular ialah aku sibuk dan line internet tak mengizinkan. Euw so yesterday punya alasan.

Ok. Seriously. Serius rasa bersalah. Sebab these persons/bloggers yang aku rindu-rindukan ni were there when I was at my lowest. Contohnya seperti kak Ya, kak Dinas, Missha, IM, Azzizatul Huda, Sajida, kak Ayu dan raaaamai lagi! Tiba-tiba, aku rindu nak kembali pada satu zaman. Zaman hati masih terasa luka. Zaman hati masih perlu pada kata-kata nasihat, semangat, penyedap rasa. Memanglah, manusia ni tak pernah puas, kan? Sekarang dah sembuh nak luka pulak? Aku pun tak faham -.-

Untuk kawan-kawan blooger yang dah lama tak dijenguk dan menjenguk. Jangan risau, aku tak lupa in shaa Allah. Dan nak bagitahu ni, aku dah posting. Guru Bahasa Inggeris tingkatan 4 dan 5. Mohon doakan pelajar-pelajar aku cemerlang SPM 2014.


Rindu! In shaa Allah akan datang menjenguk nanti :)

3 comments:

Anonymous said...

Appreciate this post. Let me try it out.

Review my homepage; Gardena, Dcm

Nor Sajidah Zulkafli said...

omg. ada my name, haha. tadi baru lepas bg komen kat ur entry sebelum terbaca entri ni.

ye. rindu zaman gila tumblr. zaman sempat bukak laptop,

T___T

missha said...

kita baru baca ni. Terharu T.T

Posting dekat mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...