Bismillah.
Assalamualaikum.
Hari ni nak cerita pasal overweight. Eh
tak, bukan nak jadi perunding kesihatan and whatnot. Cuma nak cakap pasal aku,
yang overweight. Yup, aku akhirnya, dah pra obesiti. Kenapa aku cakap akhirnya?
Well, sebabnya dulu aku ni spesies manusia yang makan la apapun, badan tetap
mantain gitu aje. Dan berat badan naik satu dua kilo je. Pastu balik normal.
Heaven tak heaven?
Dulu, kalau kawan-kawan cakap pasal diet,
aku macam tak berkenan je. Sebabnya, aku rasa diet ni merugikan. Selagi sihat,
makan ajelah apa yang mampu, kan? itu kut prinsip aku. And aku sangat bersyukur
sebab aku tak ada alergi. Oh, cuma aku alergi dairy produk. Lepas makan akan
cirit-birit. Tapi itu pun baru dapat 4 tahun lepas masa kat universiti. Tapi,
as I say, selagi sihat, makan je apa yang mampu. Dan aku akan langgar je dairy
produk tu semua. Dadih is my favourite!
Nak dijadikan cerita, aku pernah broke up.
Tak apa. Cerita lama yang aku tak kisah pun nak diungkit balik. Well, hari-hari
doa kat Tuhan mintak petunjuk dan nah, Tuhan bagi break up! Hehe.
Alhamdulillah. Eh cop. Bukan nak membebel pasal broke up. Nak cakap, masa tu
berat badan susut sangat-sangat. Dan tulang pipi semua timbul. Dah macam
zombie. Dah la tak pernah gemuk, tetiba jadi kurus kering. Bayangkan, muffin
top pun tak hado! Dekat dua tahun jugak kut nak recover. Dan lepas tu, selera
makan naik mendadak. Terutama masa praktikal. Makan memang tak hengat dunia.
Melantak aje kerjanya. Tengah malam dekat nak subuh pun boleh buat sandwich
telur bubuh mayonnaise macam lava gunung berapi tumpah. Dan masa tu, dah ada
kawan yang cakap aku montel dan perut pun dah mula memboncit. -.-
Lepas tu, tetiba semua university kat
Malaysia nak selaraskan cuti, dibaginya kitorang cuti 4 bulan. Dan korang tahu
la apa jadi kalau tidur makan aje kat rumah, kan? Badan semakin naik. Dah
chubby. Dah ada seluar yang macam ngam-ngam aje muatnya. Kawan yang dulu asyik
cakap tunggu aku kahwin kut baru gemuk dah mula mengakui kegempalan aku. Dan
aku, masih tak kisah. Makan macam orang yang tak pernah jumpa makanan. Dah tu,
aku ni spesies yang kunyah laju. Euw buruk perangai, tahu, tahu.
Lepas tu, habis study and thanks to
Kementerian Pendidikan (yeke?) yang tetiba bertukar system, aku menganggur
setahun. And it started getting worse. Tetiba, ada seluar yang tak muat
langsung! Kalau pakai jugak, kiranya sengaja mencari nahas cramp. Mula tu
memang tak kisah sangat sebab I’ve been through kurus macam orang sakit kind of
body, jadi aku rasa this healthy look harus dikekalkan walaupun terkadang rasa
nak jugak diet. Tapi still, aku tak nak jadi tak sihat, petang-petang jalan
kaki sikit-sikit. Dan tahu la, kalau dah kat rumah... Mom’s cook is the best!
Makan tak beringat dua tiga pinggan.
Sampailah... Bila aku dah posting, a
teacher took a photo of me. Candid. And oh my! Besarnya peha! Arghh! Macam tak
boleh terima je. Sebab gambar tu gambar duduk. Lepas tu, pegi cek berat and
doctor confirmed yang aku dah pre obese. Lepas tu, pegi kahwin cousin and
everyone commented on my chubbiness. Serius. Aku tak nak being skinny pun. Aku
cuma nak being fit. Nak get rid all these cellulite. Jadi nasihat aku, kepada
kawan-kawan ladies kat luar sana, be moderate. Jangan mencekik tak hengat dunia
kononnya bangga sebab badan tak naik-naik. Dan tolonglah amalkan healthy
lifestyle. Tak rugi pun. Makan je la nak makan apapun. Tapi ala kadar, dan
jangan lupa senaman. Sebab once kau dapat lemak-lemak kegemukan yang kau
impi-impikan tu, susah nak get rid of lemak berlebihan -.- serius susah nak
buat mountain climbs, planks, crunches, dan semua exercise nak dapat a flat
tummy.
Aku tengah dalam usaha nak mengurangkan
berat badan dan menghilangkan selulit yang tak diundang. Wish me luck. Dan to
all of you out there yang ada masalah sama macam aku, sabar, it’s a long
process but it’ll be worth it. Hwaiting!
2 comments:
Kita pun rasa diet tu merugikan. Lepas tu nangis T.T
as salam,
lama tak singgah sini.
ibu_suri pun sekarang ini terlalu obes hingga susah nak berjalan.
sedang amal minum teh puerh. boleh klik kat entri saya di sini:
http://hujan-petang.blogspot.com/2015/02/teh-puerh.html
Post a Comment