Tiap malam aku dan
adik-adik aku yang 17 dan 8 tahun akan jalan keliling kampung dengan Honda Wave
ayah. Mungkin boleh dikatakan itu antara bonding-session kami. Kitorang cakap
pasal macam-macam dari hal sekolah sampai lah ke hal-hal perasaan.
Nak cerita pasal
adik yang 8 tahun. Ibu cakap mulut adik ada 5 sebab adik memang tak berhenti
potpetpotpet sepanjang hari. Cuma akan diam kalau ibu cakap “adik, pegi baca
sifir malam karang ibu nak soal.” Pastu mula buat muka seposen ambik kertas
sifir pegi pondok belakang rumah. Oh belakang rumah kitorang ada pondok. Siap
ada TV lagi. Sebab ayah suka duduk situ. Kadang nak tukar angin ibu bawak makan
kat luar. Luar rumah, kat pondok ayah.
Berbalik pada keluar
malam. Adik yang ada mulut lima takkan berhenti bercerita pasal itu dan ini
pasal sekolah, pasal kawan-kawan dia kat sekolah, pasal cikgu-cikgu, pasal
jiran-jiran, pasal ibu, pasal ayah. Ada je cerita dia. Dan setiap kali lalu
belakang sekolah adik, adik akan cakap
“Akak tahu tak
kitorang dah tak pakai tandas lama tu. Sekolah dah buat tandas baru sebab
tandas lama tu berhantuuuu.” siap tunjuk tandas lama belakang sekolah.
Okey aku ngaku aku
pun dulu memang sangat takut nak ke tandas tu kalau takde kawan. Belakang
tandas tu ada kolam tinggal. Seram okay dengan lumut yang timbul-timbul macam
ada raksasa tidur je dalam kolam tu. Jadi aku memang setuju sangat kalau
sekolah buat tandas baru.
Dan kalau lalu depan
pokok durian yang terbakar kena petir adik akan cakap
“Akak tahu tak pokok
tu kena sambar petir. Sayang durian yang banyak-banyak atas pokok tu.”
Jadi boleh bayangkan
kalau kitorang lalu belakang sekolah dan pokok durian terbakar sepuluh kali,
maksudnya sepuluh kali jugak la adik cerita benda yang sama dan aku kena angguk
dan iyakan je. Phew.
Semalam kitorang
suka-suka cakap guna bahasa Indonesia. Cakap pasal monster kelawar. Aku jadi
adik, dan adik jadi abang.
Adik : Adik, jangan
dibunuh monster kelawar itu. Kakak kan sudah jadi tidak akan membunuh dia.
Kakak sudah dibagi wang.
Aku : Kak, kalau
kakak tidak mahu berlawan dengan monster kelawar itu, biar adik saja yang
pergi.
Adik : Adik (dan
kitorang pun lalu depan pokok durian terbakar) jap eh nak bagitahu. Hah pokok
durian tu terbakar sebab kena petir tau. Sayang je durian-durian kat pokok tu.
Adikkkkkkk… =,=
p/s: Adik yang
bermulut lima akan diam dan baca al-Fatihah bila kitorang lalu kawasan tanah
perkuburan.

3 comments:
bestnya naik motor malam2.
Adoih akak gelak terkekeh2 baca entri ni!
Hahaha bagusnya your adik ni, mesti meriah je kalau ada adik-beradik yg suka potpetpotpet.
Post a Comment