Assalamualaikum.
Dua tiga hari ini asyik berkepit dengan buku sampaikan
Ira cakap “akak ni dah habis sekolah pun asyik berkepit dengan buku.” Manakan
tidak, ke hulu ke hilir dengan buku di tangan. Entah kenapa hati ini mudah
dicuri lewat bait-bait tulisan. Kalau suka, saya cedok dan buat status
Facebook. Kalau lagi suka, saya taip dalam SMS dan hantar kepada kawan-kawan
terdekat. Benda baik kalau tidak dikongsikan terasa amat rugi!
Mungkin dua buku yang saya baca ini telah anda baca.
Menuai Hidayah Iman oleh Wawan Susetya dan Travelog Dakwah Meniti Hari Esok
oleh Muhd Kamil Ibrahim. Kalau belum, saya syorkan anda baca. Tidak rugi
dibeli. Melabur untuk pembelian buku itu justeru adalah saham yang paling
menguntungkan. Ilmu itu perlu dicari, disimpan dan dikongsi baru ada umph!
Tentu lah ilmu yang paling berguna itu ilmu yang menguntungkan kita dunia dan
akhirat. Tanpa ilmu, kita tidak akan ke mana-mana. Mungkin akan terus di takuk
lama, melihat dunia cuma dari mata seekor haiwan amfibia berlendir dari bawah
tempurung kelapanya.
Membaca buku itu seperti meneroka ke alam yang lain. Buku
itu ibarat taman-taman indah yang penuh dengan pohon dan buah-buah. Yang cuma
ada kita sendiri. Kita bebas memetik buah-buah ranum dari pohon mana pun kita
suka. Kita bebas menterjemah makna indah menurut fikrah kita. Tanpa sedar, kita
mungkin akan terlena dek lembutnya bayu yang membelai pipi. Ahh. Nikmatnya
membaca buku. Perasaan jatuh hati pada buku adalah perasaan yang tiada tara.
Nikmatnya ingin dikongsi kerana sedar, ilmu itu hak milik awam. Sebelum sampai
ke muka surat terakhir hati meronta-ronta ingin tahu puncak cerita atau
konklusi bicara. Tetapi bila jari mulai merasa helaian kertas yang semakin
tipis hati meronta-ronta pula mahu jangan segera sampai ke titik akhir cerita.
Belum puas bercumbu bersama! Nikmatnya pembacaan hanya akan dimengerti insan
yang mencintai buku dan tulisan. Tidak akan ada bosan mengulang muka demi muka
buku yang telah mencuri hati dan pandang. Sehinggalah ada buku lain yang mulai
mencuri hatimu. Buku yang lama tetap kau simpan di dalam rak. Tidak dibiarkan
berhabuk, malah dibalut sebaiknya untuk tatapan orang lain pula.
Serasa ilmu yang tidak dikongsi itu tidak bermakna.
Ah, cinta pada buku!
Semester hadapan lepas dapat baucer buku in shaa Allah
akan cari Ketika Tuhan Jatuh Cinta oleh Wahyu Sujani. Kalau ada buku bagus saya
alu-alukan anda memberi saranan pada saya. Buku yang bagus wajar dikongsikan
bukan? Salam Ukhwah di atas jalan Allah.


4 comments:
Cinta pada buku & juga pada Dia, konpem takkan kecewa. Kan.
begitu nikmatnya mendampingi buku..
Assalamualaikum...
buku menuai hidayah iman berapa harganya yea?
terima kasih.
Makchaq pun suka baca buku Prof MKI dan selalu ikut blog dia..
Post a Comment