Assalamualaikum.
Okey, baru ni aku join satu pertandingan. Dan
sepatutnya entri terbaru haruslah berkisarkan perjalanan selama 4 hari dari 18
Januari hingga 21 Januari tu kan. Tapi aku tak jadi tulis sebab aku nak kongsi
sesuatu yang pada pandangan aku lebih baik dikongsi. Takut karang aku lupa
sebab mungkin ini sangat penting.
Ingat tak ayah dikejarkan ke hospital berhari-hari
sebab serangan jantung? Tadi tengah makan (drama melayu kan biasa lah bincang
di meja makan) ayah pun buka cerita tentang pesakit yang ditempatkan di sebelah
ayah. Ayah cakap ayah bersyukur sebab diberi peluang untuk hidup dan beramal
lagi pada Allah. Tapi lelaki yang digelar Haji yang terlantar kat sebelah ayah
dah nazak sungguh.
Ayah sungguh-sungguh tak selesa dengan bunyi bising
sebelah katil ayah. Haji tu kena ikat tangan dan kaki. Padahal kaki dan tangan
tu la yang digunakan kalau nak bagi isyarat panas ke, tak selesa ke. Orang-orang
yang datang melawat Haji tu siang malam baca ayat macam-macam. Diorang baca
ayat-ayat dalam al-Quran tapi dicampurkan dari satu surah ke satu surah. Lepas
satu ayat surah lain, lepas tu ayat dari surah lain, bacaan dia pun tak betul.
Ayah taktahu itu kepercayaan apa (kalau ada pembaca yang tahu dan boleh
terangkan, dialu-alukan untuk berkongsi). Lepas tu ada yang meraung-raung
padahal Haji tu belum nak mati lagi.
Haji tu asyik mengerang je. Ada dua tiga orang yang
lain siap jilat badan Haji tu. Dari dada ke perut. Last-last ayah tak tahan,
ayah bangun dan cakap ‘beliau ni belum nak mati lagi, ajarkan lah mengucap
ingat Allah, tangan dan kaki ni kenapa diikat. Manatahu Haji ni kepanasan ke,
tak selesa ke (sambil ayah buka ikatan tangan dan kaki Haji tu).’ Lepas tu ayah
lapkan badan Haji tu dengan kain lap basah depan dan belakang. Ayah titikkan
air dalam mulut Haji tu. Lepas tu, untuk satu malam takde bunyi bising Haji tu
mengerang. Esoknya ayah dah boleh keluar wad, jadi cerita tentang Haji terhenti
sampai situ je. Wallahu ‘alam Haji tu masih hidup ataupun dah meninggal dunia.
Ayah cakap ayah takut macamana kalau ayah meninggal
nanti. Keadaan ayah macamana pula. Aku pun ikut sama terfikir. Ibu kata, dulu
masa jiran kitorang nazak, almarhumah mintak ais krim. Sebab nak sejukkan
tekak. Badan asyik rasa panas je. Kata ayah lagi, yang datang jenguk Haji tu
bukan calang-calang orang. Tudung besar-besar layaknya hajah-hajah.
Dengar cerita ayah buat aku rasa seram sejuk satu
badan. Haji tu mungkin amalnya banyak dan sempurna (wallahu ‘alam) tapi yang
datang pulak bawak bida’ah masing-masing. Aku jadi makin seram. Kalau masa kita
yang tiba nanti? Semoga bila saat yang dijanjikan untuk kita tiba nanti, kita
dah bersedia dan semoga yang akan menziarahi kita juga bersedia dengan ilmu di
dada. Amiin.

3 comments:
peliknya apa yg mereka buat tu sampai jilat2 badan,macamana la saat untuk kita nanti..takut!
ibu_suri semasa di hospital dulu pun sama. rimas dia dengan pesakit india di katil sebelah hingga IM terpaksa ikut kemahuannya minta tukar katil.
setelah 4 hari berada di wad, tiba masa untuk discharge.
tiba-tiba pagi itu doktor beritahu IM, ibu-suri diserang stroke!
Makchaq pun tak pernag dengaq amalan lagu tu, tapi pernah jugak tengok pihak hospital ikatkan tangan pesakit kat katil pasai pesakit dok cabut wayar/tiup yg depa pasang..
Post a Comment