Wednesday, 2 January 2013

Cerita suatu malam bersama adik-adik.

Assalamualaikum.

Okay kan dah cakap yang aku dan adik-adik suka naikmotor malam-malam keliling kampung. Satu malam, kitorang keluar berempat. Adik aku yang nombor dua balik dari UiTM jadinya kitorang keluar la konon-konon nak bonding session.

Kitorang suka jalan-jalan kat laluan ke jeti. Tak banyak sangat motor. Aku dengan adik yang nombor 3. Ah, susah sangat lah nak pakai nombor bagai ni.

Aku anak sulung, lepas tu Zal 22 tahun, lepas tu Is 18 tahun dan yang paling bongsu, Ira 9 tahun. (ikut umur tahun 2013)

Okay. Aku naik dengan Is, Ira pulak ikut Zal. Tiba-tiba pertengahan jalan aku nampak Zal berhenti. Aku dengan Is ingat diorang dah nak balik tak sound-sound. Pastu tetiba diorang datang balik, aku nampak Ira duduk depan.

Wohoo! Aku tanya la, kenapa? Pastu Zal cakap “Ira takut duk belakang.”

Ngaa =.=
p/s: Oh ha nak cakap. Ira yang umur 9 tahun dah pandai bawak motor. Aku bukan taknak belajar, tapi aku ada darah gemuruh! Okbai.

7 comments:

missha said...

Hehe.. samala.. missha tak pandai gak bwak motor.. hehe.. missha rempit kereta je.. hee :)

insan marhaen said...

Kalau gemuruh duduk di depan, kena duduk di belakang la nampaknya..he..he..

malam ini malam apa, ha?

whitecappuccino said...

hehe..nape ira takut duk belakang yer?.
oh ya, pasal form 1 test tu..tadi kami ramai2 tolong cikgu form 1 tanda kertas dorang..memang asyik gelak baca jawapsn dorang yg memang macam2 lah.

fathiahRAIHANA said...

tak pernah bawak moto jugak, abah xbagi. hihihi.


salam ukhwah akak :) maaf, kunjungan balas yg agak lambat.hihi

Karukord jagau said...

pelan2 belajo...nnt lama2 ilang la gemuruh tu ^_^

makchaq said...

Makchaq lagi la tak reti.. naik pun gayat, nak bawak lagi la...

whitecappuccino said...

oooo...patutla ira takut ..hehe..yg gi kat situ mlm2 tu naper.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...