Cuti semester yang bersisa.
Semakin hari, cuti semester semakin bersisa cuma
beberapa hari. Sudah boleh dibilang dengan jari-jari. Perasaan? Sebak, sedih,
gembira dan teruja.
Sebak dan sedih kerana akan meninggalkan kawan-kawan.
Sahabat susah dan senang sepanjang perjalanan menempuh detik-detik menuntut
ilmu, sahabat ketawa, sahabat menangis, paling penting sahabat yang sentiasa
ada di sisi ketika diri sangat memerlukan.
Gembira kerana bakal menamatkan empat tahun yang
ditunggu-tunggu, dengan izin Yang Maha Kuasa bakal menggenggam segulung ijazah
yang akan membuat ibu dan ayah tersenyum puas, bangga. Teruja, kerana bakal
menuju ke fasa baru dalam proses kedewasaan.
Untuk menjadi dewasa, kita kena menjadi remaja dan
kanak-kanak. Untuk menjadi matang, kita kena lalui zaman kebodohan membuat
kesimpulan tentang hidup dan keputusan-keputusan yang telah membuah penyesalan.
Semua perasaan, telah berbaur menjadi sebuah perasaan yang cuma dapat diertikan
oleh rasa sendiri. Empat tahun yang telah digunakan secara terhormat.
Tujuan hidup.
Semakin hari, usia semakin menginjak tua. Semakin
hari, ada saja topik yang diutarakan teman-teman tentang masa tua. Tentang
dengan siapa, kerja apa.. Semua soalan ini seperti soalan lazim ketika umur
bertambah lagi satu angka.
Aku cuma boleh tersenyum dan pura-pura ikut teruja.
Padahal aku sebenarnya sedang merangka angan lain. Yang mungkin berbeza dengan
angan-angan mereka. Manusia, tidak semestinya apa yang kau impikan berlainan
amat dengan sekelilingmu membuat kau memandang enteng impian orang lain. Kita
hidup dengan tujuan. Dengan tujuan itu kita tidak akan merasa kosong, tidak
merasa hidup seperti tiada penghujungnya.
Tujuan, apabila tiba pada tujuan hidup. seorang akan
lebih dari berpuas hati. Ada yang habis belajar akan mengorak langkah ke
gerbang perkahwinan, pertunangan, pekerjaan. Dan mungkin ada juga yang akan
sama seperti ku, terus meneguk ilmu di bumi Allah secara formal. Aku mahu
belajar tinggi, aku mahu hidup senang dan menyenangkan hidup orang lain.
Dan…
Apalah nikmatnya hidup tanpa rasa bertuhan?
Menggantungkan segalanya pada Tuhan justeru adalah kunci segala kepuasan dalam
hidup. Kunci hati bahagia. Kunci hati yang sentiasa merasa cukup, yang sentiasa
menagih redha Allah dan dia redha pada setiap ujian yang menimpanya. Semester
akhir, datang lah. Aku sedang bersedia mendepakan tangan menyambut hadirmu.
Datanglah masa tua, masa dewasa, datang lah. Aku sedia. Tanpa peduli apapun
yang menanti. Kerana aku tahu, janji Tuhan tidak pernah termungkiri. Takdir
Allah tetap indah. Cuma akal yang jahil ini tidak dapat menjangkau
keindahannya. Apapun takdir Allah, pasti ada sebab dan musababnya.
-Boleh rujuk kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir, setiap
sesuatu yang diizinkan Allah terjadi, pasti ada sebabnya yang tidak
terjangkaukan dek akal manusia yang bersifat terhad-
# Salam sayang, salam ukhwah fillah. Mohon doakan Allah
permudahkan urusan saya dan kawan-kawan menempuh semester terakhir yang
menjanjikan kesibukan dua kali ganda. :)



5 comments:
Setiap cabaran dan dugaan akan mendewasakan kita...
moga berjaya dan mencapai apa yang diimpikan. dalam masa yang sama, tabah hadapi semua cabaran yang mendatang..amiin.
Tahniah sahabat dah habis belajar..moga2 Allah murahkan rezeki noor dan mencapai apa yang diimpikan..aamiiin.. :)
hidup dgn tujuan utamanya untuk Allah..pasti tujuan2 kecil yang lain akan berjaya juga,,, ins haa Allah =)
Semoga apa yg adik impikan mnjdi kenyataan dan berjaya dalam apa jua yg diceburi....
Post a Comment