Assalamualaikum.
Ini pendapat sederhana dari saya. Mohon diberi teguran dan kritikan membina kalau ada tersilap di sana sini.
Sekarang Drama Sahara sedang rancak dipertikaikan.
Sebagai manusia yang mempunyai perasaan ingin tahu, saya cuba melihat sendiri
bagaiman pincangnya drama yang diperkatakan itu. Cukup cuma dengan trailer dan review
yang diberikan dari episod ke episod sudah cukup membuatkan saya berasa mual
dengan rentetan cerita yang bakal mengubah perspektif ramai orang tentang
kecantikan.
Ya, saya mahu bercakap soal kecantikan. Sekarang
pandangan manusia telah diubah ke darjah yang entah berapa. Kalau dulu, mungkin
wanita merasa selamat bertudung labuh dan berpurdah. Tapi sekarang, rasa takut
dan tidak selamat mula bermain di benak masing-masing. Kerana dengar-dengar ‘perempuan
bertudung labuh ni stok-stok nak buat bini’. Ahhh terluka sungguh hati
mendengar gurauan-gurauan sebegini.
Niat yang sepatutnya kerana Allah melencong kerana
ingin disunting lelaki baik-baik. Allah. Jujur, saya sedih dengan eksploitasi
media. Kalau dulu, rata-rata kita mahu kurus, kulit licin bak sutera, rambut
halus dan bersinar. Itu adalah konotasi cantik di mata media. Sekarang? Kenapa
cara Islam itu harus mengikut trend? Islam itu untuk sepanjang zaman. Jangan
kerana media, kita menggadai akidah kita. Jangan memesongkan niat kita yang
sebetul-betulnya. Bukan bertudung labuh atau berpurdah kerana ingin ramai
peminat, tapi kerana Allah. Pandangan Allah itulah yang lebih penting. Bukan
pandangan ajnabi.
Media, tolong hentikan. Hentikan penjajahan atas minda
manusia. Hentikan pengeksploitasian yang merubah darjah pemikiran manusia. Dan
kita, sebagai umat Muhammad pembeza haq dan batil, jangan lah dipesongkan
akidah kerana sesuatu yang kita gelar sebagai kecantikan. Janganlah, janganlah
terlalu taksub dengan omongan media.
Pendapat, dari saya yang khilaf.



1 comment:
Dah lama media kita menjajah pemikiran penonton. Iklan menjajah mental kita utk percaya barangan mereka (sesetengahnya 'barangan sampah') adalah yg terbaik. Fesyen yg dipakai artis di media menjajah mental kita utk percaya pakaian tak menutup aurat atau separa menutup aurat adalah yang terbaik utk wanita. Dan siaran berita di media pula menjajah mental kita utk percaya bahawa hanya satu pihak yg benar dan satu pihak lagi salah belaka..
Post a Comment