Sungguh
indah percaturan alam yang telah Allah tetapkan untuk kita. Mungkin Allah
menitipkan aku ujian di kala semester sebelum berpraktikal ada hikmahnya. Mungkin,
dalam seribu satu hikmah yang Allah rahsiakan itu Allah sebenarnya mahu aku
lebih tekun mendidik. Tetap tabah dan sabar. Tidak merengek-rengek mengadu
manja pada yang tidak berhak. Allah mahu aku ikhlas mendidik murid-murid yang
memerlukan aku. Allah memberi kesakitan kerana Allah tahu aku mampu menghadapi
dan Allah beri kekuatan untuk bangkit lebih awal agar aku boleh menyalurkan
kekuatan ini pada yang memerlukan aku. Memerlukan aku dan pengalaman ku, aku
dan kata-kata nasihat berdasarkan pengalaman ku. InsyaAllah.
Murid
ku sayang, cikgu mu ini akan cuba mendidik mu sedayanya. Kalau dulu duitnya
habis lebur disalurkan pada hal yang tidak bermanfaat, insyaAllah kali ini
wangnya akan mengalir untuk alat bantu mengajar untuk kalian. Kalau dulu
masanya habis diluangkan untuk hal sia-sia yang mengundang murka Allah, kali
ini masanya akan dilimpahkan untuk berfikir cara-cara menarik minat kalian
untuk belajar, mendoakan kalian. Kalian yang cikgu cintai.
Sungguh
indah percaturan Tuhan. Sungguh, cinta ku kini meluas. Melimpah untuk keseluruh
ciptaan Allah. Tanpa mengenal bangsa. Dan aku berharap pelajar-pelajar ku juga
boleh menjadi seperti aku. Mencintai tanpa sempadan, tanpa mengira bangsa dan
warna kulit. Ini satu lagi personal jihad ku insyaAllah. Menghakis racism dalam
kalangan pelajar-pelajar ku.
p/s:
Mahu aku beritahu satu rahsia? Aku gembira dengan perubahan kawan-kawan baik
ku. Salah seorang sudah mula memakai stoking. Yang lainnya sedang berusaha ke
arah itu. Aku dapat lihat dari kata-kata mereka. Untuk itu, syukur Alhamdulillah.
Allah, mohon tsabatkan kawan-kawan baik hamba di jalan yang menuju redha-Mu. Jangan
dibolak-balikkan hati mereka yang sedang mahu berubah ke arah kebaikan. Perubahan
itu tidak mengapa perlahan-perlahan dari bawah, cuma jangan tidak berubah
langsung. Kematian itu kan sudah pasti. Jangan nanti kita dihumban ke neraka
Allah kerana azab yang dijanjikan untuk kita telah kita dustakan di dunia ini.
Rujuk
surah as-Sajadah ayat 12-14. Semoga kita tidak termasuk dalam kalangan
hamba-Nya yang rugi.
#Menyibukkan diri dengan lesson plans dan teaching aids pun sudah cukup membuat aku gembira. Terima kasih Allah atas kesibukan ini. Semoga Allah redha.#
*senyum*


9 comments:
Salam noor
Terima kasih cikgu noor
Semoga Allah mmberkati usahamu
Alat abm memerlukan modal kan.
Sungguh perancangan Allah itu adalah yg terbaik.
Sentiasa doakan saudara/sahabat kita kepada kebaikan...
Subhanallah :)
ummu : Wlaikmslm. Memang tanggungjawab saya kak. Terima kasih. Semoga Allah memberkati akak jgk. ;)
Kakzakie : Betul, kak. Sungguh indah. Sama-samalah kita mendoakan saudara2 kita, kan kak? ;)
ismi nurash : Salam ukhwah. =)
Semoga segala urusan dik Noor dipermudahkan olehNya, amin.
Terima kasih atas perkongsian ini :)
Berdakwah kepada masyarakat ini pertama sekali modelnya perlu lebih dulu elok yakni diri kita sendiri.
Keduanya ialah sabar dan dakwah secara berhikmah.
Ketiganya doa dan doa kerana HIDAYAH itu bukan kuasa kita yang memberi. Ianya milik Tuhan...
Kak Dinas Aldi : Semoga Allah mempermudahkan urusan akak juga. Semoga Allah selalu mnjaga kakak..;)
IM : Terima kasih atas nasihat itu. Sedang berusaha utk sabar dan berdoa utk pelajar2 yg disayangi. Mohon doanya agar Allah menguatkan hati saya, sepertimana Allah menguatkan hati IM..;)
terukan usaha murni ..hanya Allah yg maha mengetahui...
whitecappuccino : Terima kasih akak! ;) doakan saya!
Post a Comment