Sunday, 26 May 2013

Part sedih-sedih.

Bismillah.

Assalamualaikum.


Pejam celik makan minum ketawa menangis tup tup dah nak dekat habis sem. Tak lama lagi semua orang akan keluar bawak haluan masing-masing. Sekarang ni kat Facebook dah macam-macam post rindu bagai, sedih taknak pisah yada yada yada. Aku? Rilek ar bro, memang dah lumrah hidup kan lepas jumpa kena berpisah. Kalau tak berpisah macam ni, akan berpisah mati jugak esok esok lusa kan? Pokok pangkal cerita, takde benda kekal. Termasuk lah pertemuan.


Ok tipu. Aku muka mungkin nampak kental, tapi dalam hati ada tak yang tau aku meraung? Banyak benda lagi nak dibuat sebenarnya. Banyak benda lagi. Tapi empat tahun yang dipinjamkan Tuhan dah nak sampai ke penghujung. So kalau aku nak meraung-raung literally pun memang Tuhan takkan putar balik masa tu. Sesal dahulu pendapatan la bak kata orang. Sesal sekarang takde guna.

Honestly, aku memang sedih. HAHA. Tak sedih la kot nak tinggalkan semua coursemates. Sedih nak berpisah dengan beberapa ketul manusia dalam course tu ada lah. Entah spesies apa lah aku ni. Spesies tak mesra alam. Kat sini boleh kira kot berapa ketul manusia je aku rapat dan berapa ketul manusia je yang rapat dengan aku. Hah, sekarang part yang mana aku nak sedih ni? Part nak berpisah ke atau part aku tak ramai kawan rapat kat U ni?

Ok jap nak check. Till then, tolong doakan semoga lecturer tak reject habis-habisan thesis aku esok hari.


p/s: Maaf dah lama tak menjenguk! Busy dengan Final Year Project. Sobsobsobs.:(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...