Sunday, 26 May 2013

Kawan ayah meninggal.

Bismillah.

Assalamulaikum.


Jiran sebelah rumah aku meninggal. Sakit jantung. Aku sedih. Sebab pak cik tu kawan ayah. Siang-siang aku dah bagitau kawan, pak cik tu baik. Pastu tadi aku tanya ibu, ayah cakap apa? Ibu balas ayah cakap “dah takde dah kawan ayah.”

Yang aku suka dengan pak cik ni apa-apa hal jadi dia akan tanya ayah dulu, pastikan kesahihan berita. Pastu cakap pun slow talk je. Dia takkan tetiba melulu ignore ayah atau pun melulu percaya berita tak tentu. Aku respect pak cik ni. Pastu kalau nak gi masjid tu selalu jalan kaki. Padahal tersadai megah kereta besar bawah rumah. Jalan pun tunduk je, lebih banyak diam dari cakap.


Sekarang baru aku faham. Kalau ada kawan ramai-ramai pun tak guna kalau tak boleh back up kau masa kau perlu sangat-sangat, takde masa kau susah sangat-sangat. Dan kawan yang macam tu la sahabat sejati bila dah mati akan ada orang yang sedih dan terkesan sangat-sangat. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman, pak cik.



Kesian ayah.

3 comments:

Anis Nisa said...

Al-fatihah...semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman,InshaAllah...

ainumsolehah said...

innalillahi wainna ilaihi raajiun..

semoga pakcik ditempatkan di tempat yang terpuji.

semoga ayah awak kuat :')

whitecappuccino said...

alfatihah..semoga arwah pakcik ditempatkn di kalangan org beriman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...