Saturday, 7 December 2013

Truth hurts. Reality bites. Emo. Sorry.

Bismillah.



Assalamualaikum.

 

Aku bukan manusia yang baik sempurna hebat. Aku manusia yang perlu Tuhan. Aku manusia yang hina dina dan kalau tak ada Tuhan aku tak ada harga. Sungguh.



Kadang-kadang, aku pun rasa tak ada manusia yang faham perasaan aku ni. Orang lain tak rasa apa yang aku rasa, orang lain punya dugaan perasaan tak sehebat aku yada yada yada. Bab masalah pun nak meninggi diri entah apa-apa.



But then fikir-fikir balik, kan dalam al-Quran Allah ada cakap yang Allah tak membebankan makhluk melainkan dengan kesanggupannya? Means Allah tak bagi kita masalah yang kita tak boleh handle. Dah memang sah sah Allah yang cipta kita. Mestilah Allah tahu tahap kemampuan kita, ye dak? Dan eh, Allah tu tak kejamlah nak suka-suka hati bagi kesusahan kat hamba dia takde sebab musabab. Semua benda jadi mesti ada hikmah.



Lepas tu kadang tu nak meluah aje kat kawan doplohpat jam. Well, hello. Ketuk dahi sendiri dan cakap “dia orang pun ada masalah sendiri kut. Takkan nak entertain aku aje? Apa mak bapak dia orang lahirkan  dia orang ke dunia ni nak serabut pasal aku aje ke?” Be a good friend. Give your friend some space. Kawan kita tu manusia jugak kan. Ada masanya dia akan bosan dan meluat jugak. Yelah, dah hari-hari kita dok hambur benda yang sama dan dia pun dah berbuih mulut asyik nasihat benda yang sama. Mahunya tak bosan? Menyampah tau tak? Tapi sebab dia kawan yang baik, dia pendamkan semua tu sebab taknak kita sedih. Dan kita pun dah tak reti nak faham privacy kawan tu. Dia nak tidur, nak makan, nak baca buku, nak exam… Haila manusia. Suka sangat bergantung dengan manusia yang ada had. Karang kalau kawan tu tidur awal, pada siapa nak meroyan? Nak call dia sampai dua ribu kali bagi bangun nak suruh dengar luahan hati kita tu aje? Adoilah.



Tak ada siapa yang boleh ubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Dah Allah cakap Dia takkan ubah nasib kita melainkan kita sendiri yang ubah. Apa effort kita nak bahagia dan lari dari masalah? Dwell on the past? Hm. Memang takkan ke manalah jawabnya. Target kita apa? Nak bahagia dan tak nak diselubungi masalah (regardless apa bentuk masalah pun). Tapi usaha kita adalah memerap dalam bilik layan perasaan lepas tu siap dibuai lagu-lagu syahdu tangkap leleh. Apakejadah akan jadi hasilnya nanti? Ya, nothing. Masalah tidak selesai, malah kita akan bertambah depression. Tak percaya? Dah tu kau rasa kenapa orang gila bertambah gila? Sebab dia orang letak dia dalam kurungan sorang-sorang.. Hahhhh.. Sepatutnya dah tahu target, bergeraklah ke arah itu. Keluar dari rumah, sibukkan diri, cuba occupy kepala otak dengan benda lain selain daripada masalah tadi. Kalau borak dengan kawan pun, kurangkan cerita pasal masalah kita. Itu baharulah usaha nak menuju bahagia namanya. Dah, dah, keluar dari bilik tu!
 
Allah bersama orang-orang yang sabar. Allah bersama orang-orang yang sedih, orang yang ditimpa musibah. Dan kalau kau still nak cakap “tapi masalah dia tu tak setanding masalah aku”, “aku tak kuat menghadapi ujian Tuhan”, “kenapalah Tuhan uji aku sampai macam ni sekali”, “dah takdir Allah hidup aku tak sebahagia orang lain”, means kau nak cakap yang semua ayat-ayat Allah tu tipu belaka?



Paling penting, bersangka baiklah dengan Tuhan. Dalam susah, senang, bersyukurlah. Ada orang tu Tuhan tak kisah pun dia nak buat apapun buatlah. Lantak. Kita ni Tuhan siap uji, jentik supaya ingat kat dia. Supaya letak dahi tu atas sejadah. Hanya dengan mengingati Tuhan hati akan menjadi tenang.





Look around you. Ada berapa orang lagi yang perlukan kehadiran kau kat sisi? Kalaupun tak sayang diri sendiri, sayanglah kat orang lain. Keluar, bawak mak dengan abah tu borak. Bawak adik melukis dengan krayon, tak pun usung aje kancil kecil tu ke mana-mana yang adik nak pegi. Heal, and in shaa Allah you'll be healed.



p.s Kebahagiaan ada dalam diri kita. Tinggal lagi kita nak keluarkan dan gilap. Jangan sibuk sangat fikirkan kebahagiaan orang lain sampaikan tak sedar yang kebahagiaan sendiri menjerit-jerit minta digali.



Dah entah kenapa entry ni ditaip dengan emosi yang luar biasa emo-nya. Sorry.

1 comment:

Edah Hanan said...

Asalamualaikum
SubhanAllah...
Thank u for this entry...
I really need this as a wake up call...
May Allah bless u sister

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...