Monday, 2 December 2013

Aku pun nak pakai shawl!!!!

Bismillah.


Assalamualaikum.

Ini pendapat aku.

Sejujur-jujur dari dalam lubuk sanubari aku sebenarnya sangat teringin nak menggayakan shawl. Serius. Kau taktahu macamana gatal nak bershawlnya hati aku tengok Wanita Hari Ini, Fiqh Wanita, gambar kawan-kawan kat FB yang pakai shawl, tapi labuh ke dada. Dalam hati aku menjerit ‘cantik! Nak jugak pakai macam tu!’ Serius. Sebab 1, dia orang nampak sangat elegan dan 2 sebab dia orang nampak kurus! Yep. Pakai tudung labuh membuatkan anda nampak gemuk dari actual body size.

Dan one day aku SMS sorang kawan ni cakap ‘weh aku teringin nak pakai shawl balik’. Pastu kawan aku dengan takde perasaan dan selamba gegenya balas ‘pakailah sape larang?’. And believe me, aku terkedu. Rasa nak marah pun ada. I was like ‘oi aku tengah berangan je kut! Tak boleh ke kau layankan aje imaginasi liar aku ni?’

After a while, aku pun terfikir. A’ah ek. Siapa larang? Serius. Mak aku pun ada belikan aku shawl besar lebar kaler ungu. Cantik. Tapi aku tak pernahnya nak pakai. Dan hari tu masa jamuan hari guru aku dapat hadiah selendang pun aku bagi kat kawan yang puji selendang tu cantik. Seirusli Noor, siapa larang kau pakai selendang?

Dan pada masa itulah I’ve come to realize, hati kecil aku merintih tak nak pakai selendang sebab dia takut aku jadi tabarruj macam dulu. Pakai selendang warna macam-macam pastu siap letak reben besar-besar atas kepala and when people walk beside me they’ll stare at me and give me this look. My feeling? HAHA. Overwhelm dan sikitpun malas nak fikir entah apa yang berselirat dalam kepala otak orang tu be it lelaki atau perempuan.

And finally I’ve come to my sense. Aku nak istiqomah tudung labuh. Pedulikan kepala tudung aku yang tak ada labuci, manik ataupun bunga. Lantak pi tudung aku tak boleh nak menunjukkan yang sebenarnya aku taklah segemuk yang orang sangka, peduli apa kalau tudung aku tak boleh menunjukkan yang belakang jubah aku ni ada reben cantik dan sebenarnya kat bahagian dada baju aku ada manik bersulam bunga-bunga. Pedulikan semua tu.

Yang penting, aku selesa dengan apa yang aku pakai. Yang penting aku tau tak ada mata liar yang tengok-tengok kepala aku.

Ini cuma pendapat aku untuk diri sendiri. Bagi aku pakai apapun asalkan menutup aurat menepati landasan syariat pon boleyyyy. Kau ingat aku tak reti bergaya ke kalau dah pakai tudung labuh tak nampak all stated above? Sini hahh.. Tak nampak warna gelang kat tangan yang matching dengan warna handbag dan kasut? Atau kau tak nampak kasut aku yang lip-lap ni? Haha.

Lantak. Aku perempuan. Aku dan perasaan nak cantik tak boleh dipisahkan. Cuma mungkin definisi dan cara kita menonjolkan kecantikan dan gaya itu tak sama.

p.s Selamat bergaya sambil menutup aurat! Oh dan hah, lay off the tabarruj :)

1 comment:

miranadia said...


aku pon kadang kadang teringin nak pakai shawl. sekarang kan ada jenis wide shawl tu. tapi tu lah. teringin jelah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...