Ada hati yang mahu mendekat. Tapi dia belum
siap. Masih berkira mahu sekarang atau nanti.
Aku memutuskan untuk pergi. Pengajaran lalu
cukup memberiku erti. Hati lelaki sepertinya tidak ada paksi. Si dia yang belum
pasti, aku tinggalkan sepi. Pergilah. Dan tolong jangan mencuba lagi. Hati ini
tertutup untuk lelaki yang tidak bijak membuat keputusan.
Dan nekad membuat aku mencuba lagi. Menyukai
kerana aku yakin, dia boleh membimbing dan menjaga diri ini. Sebulat tekad, aku
meluahkan rasa, tidak peduli istilah perigi mencari timba.
Kali ini, si dia ini pula belum bersedia
untuk memikirkan hal-hal ikatan rumah tangga. Tapi jangan risau. Aku tidak
patah hati selamanya. Kerana antara aku dengan dia, belum ada kenangan yang
tercipta. Dan aku, pergi dari dia. Jawapan sudah aku terima. Kini aku tidak
lagi tertanya-tanya tentang mixed signalnya. Aku tidak mahu terlebih suka.
Kerana terlebih gula selalu buruk padahnya.
Sekarang ini, kita adalah penghulu kepada
diri sendiri. Kita memilih, mahu kecewa atau bahagia. Mahu tertanya-tanya, atau
bertanya.
Mungkin, aku out-spoken. Mungkin aku dasar
opinionated. Tapi aku tahu, kalau bukan aku, siapalah yang mahu menjaga hati
ini.
Ya Allah, bantulah hamba menjaga hati. Tidak
mahu terluka lagi. Tidak mahu tercemar lagi.

2 comments:
Assalamualaikum noor,
Usah berjalan hingga ke rimba
biar pergi hati yang hiba
Bukan perigi mencari timba
sekurangnya diri sudah mencuba
kita pun rasa benda yg sama. maybe tak 100% situasi yang sama,tapi its almost similar
Post a Comment