Wednesday, 12 September 2012

Buat ayahku yang tampan. #2#

Assalamualaikum.

Ayah masuk ICU.

Ayah insan kuat. Aku tak pernah lihat ayah nangis. Ouh, kecuali waktu ibu sedang sakit dan dirawat di kampung. Waktu itu aku lihat ayah terhinjut-hinjut bahunya di sejadah. Teresak-esak tangisan ayah. Itulah kali pertama dan terakhir aku lihat ayah mengalirkan air mata.

Tadi, lepas aku siang ketam (aku beli ketam kat TESCO, murahnya ya ampun! 4 ekor empat ringgit!) ibu telefon. Ibu cakap ayah masuk hospital. Aku taktahu nak cakap apa, ibu cakap ayah sakit dada. Sekarang dah masuk ICU. Ya ALLAH harus gugur jantung aku tadi! Nasib baik takde sorang pun kawan-kawan kat luar. Aku terus basuh pinggan kat sinki dengan air mata mengalir kat pipi.

Aku sikitpun tak dapat bayangkan ayah yang tampan lagi kuat itu ditahan di wad! Dengan doktor keliling tubuh, dengan tiub-tiub dengan lampu bedah, sikit pun aku tak dapat bayang! Ayah tak lemah, ayah lah orang terkuat yang pernah aku jumpa. Ibu cakap waktu ayah sakit dada ayah tak bising, ayah cuma tutup mata, ketap bibir tahan sakit. Ya ALLAH, ayahhhhh..

Noor tahu ayah kuat. Ayah tak pernah sakit. Kalau ayah sakit ayah selalu taknak ibu hantar ke klinik. Ayah kata ayah taknak cemarkan rekod bersih ayah kat klinik. Ayah selalu sihat. Ayah selalu buat kerja-kerja berat. Rumah kita pun, ayah yang siapkan. Ayah taknak orang lain buat. Nanti tak ikhlas rumah jadi herot berot, mereng-mereng. Ayah nak kita puas hati. Ayah tukang rumah sampai siap. Ayah memang orang kuat. Rumah kita mana pernah tukang datang. Paip, elektrik, semua ayah yang betulkan. Reban ayam, reban angsa, itik, stor belakang rumah semua ayah yang buat. Ayah kuat, kan?

Ayah selalu sihat. Ayah taknak jadi buncit. Tiap-tiap hari ayah buat badan. Badan ayah ketul-ketul. Sebab itu Noor tak heran sikit pun kat mana-mana lelaki kat TV yang ada six packs. Sebab ayah pun ada. Adik-adik Noor pun ada six packs. Semua nak tiru ayah. Lengan ayah lagi hebat dari Popoye the Sailorman. Perut ayah tak pernah buncit. Kat rumah kita ayah buat gym. Ayah buat sendiri dumbbells yang besar-besar, yang kecik-kecik je ayah beli kat kedai. Ayah selalu berpeluh. Ayah sihat.

Dan malam ini, terbukti ayah kuat. Doktor kata peratus ayah untuk stabil 50/50. Tapi ibu tak cakap. Ibu takut Noor sedih, sebab Noor jauh.. Dan dalam masa sejam lepas ibu telefon, ibu telefon lagi. Ibu cakap ayah dah keluar dari ICU, ibu kata ayah dah stabil. Tapi buat masa ni ayah tak boleh cakap lagi. Noor tunggu nak cakap dengan ayah! Noor nak dengar suara ayah yang ceria. Suara ayah yang kuat!

Kalaupun ALLAH nak ambil ayah, Noor nak siap-siap. Noor nak jadi solehah untuk ayah. Noor nak jadi penjamin ayah untuk ke syurga. Noor doa banyak-banyak supaya ayah pun sempat siap-siap sebelum ALLAH ambil. Noor doa umur ayah panjang untuk beribadat lebih lagi pada ALLAH. Dan Noor doa supaya umur ayah panjang supaya ayah sempat tengok Noor berjaya dalam hidup, Noor nak ayah rasa pula Noor tanggung ayah dengan hasil pendapatan Noor.

Ayah jaga diri ya? Ayah jaga kesihatan tau. Noor cuma dapat doakan ayah dari jauh.

p/s: Terima kasih untuk kawan-kawan baik yang doakan ayah. Terima kasih juga untuk kawan yang sudi solat hajat. Terima kasih ALLAH.

14 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga Allah kembalikan kesihatan ayah awak dan ringankan penderitaannya...aamiin

Dinas Aldi said...

Sedihnya akak baca entri ni. Akak doakan semoga ayah dik Noor akan segera sembuh. Akak faham perasaan dik Noor. Akak doakan juga semoga ayah dik Noor panjang umur untuk lihat dik Noor berjaya & dapat dik Noor terus berjasa pada dia.

Tabahkan hati, dik Noor.

Acik Erna said...

Asssalam noor..insyaallah..ayah noor kan kuat..noor doakan ayah dan kuatkan semangat noor.

NzA said...

Salam kenal..akak dtg jengah bila baca dr blog dinas...
Akak doakan agar ayahnda noor cpt pulih...bykkn brdoa..mohon doa dr rakan2.....

Norhaizan said...

If Allah brings you to it,
He will bring you through it.

makchaq said...

Makchaq doakan ayah NV kembali sihat seperti sedia kala..

Salam makchaq untuk ayah & mak NV

NoorVictory said...

Abd Razak : Waalaikumussalam. Terima kasih atas doa itu! :)

Kak Dinas : Tengkyu kak Dinas! Amiiiiiinnn sangat-sangat. Huhuhu~ sekarang ayah saya dah okey, dah dipindah ke wad biasa :)

Acik Erna : Wlaikmslm. Terima kasih kak. InsyaALLAH akan berusaha kuatkan semangat. Huhuhuhu~

NzA: Salam kenal jugak kak! :) insyaALLAH. Dah mintak doa. Masa-masa macam tuh cuma doa je yang dapat kita buat. Huhuhu. Terima kasih sudi singgah kak! :)

Kak Zan : Saya suka quote tu kak! :) macam dalam surah al-Talaq ayat 2-3. Terima kasih ingatkn saya kak. :)

makchaq : Terima kasih makchaq. InsyaALLAH nnti saya sampaikan. :)

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah keadaan ayah dik Noor dah bertambah baik. Semoga akan lebih baik lagi lepas ni, dik :)

.::Nor Sahbillah::. said...

Semoga terus kuat! Alhamdulillah dia dah beransur pulih. Aku sedih betul la dengar pasal ayah kau. sebab aku kan pernah jugak macam ni.

*sangat sedih*

NoorVictory said...

Kak Dinas : Amiiiinnnn.. Terima kasih kak! :)

Nor Sahbillah : Saaaaaaaaaaaayyyyaaangggg ko!Doakan tau! :D

*peluk erat*

~kamilah~ said...

moga ayah awak sembuh kembali..insya allah..doa banyak2 n harap hanya pada Allah..

NoorVictory said...

Kamilah : Terima kasih senior. Heee~ sekarang ayah dah okey. InsyaALLAH akan keluar wad hari ni :)

Aidah said...

Semoga lepas keluar wad ni, ayah adik terus sihat dan dapat beribadat lagi.

NoorVictory said...

Kak Aidah : Amiiinnnn~ terima kasih kak! <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...