Saturday, 15 September 2012

Cerita tentang ayahku yang tampan. #3#

Assalamualaikum.

InsyaALLAH hari ni ayah dah boleh keluar. Hah, gembira tak? (soalan ini lebih ditujukan kepada aku sebenarnya hehehe)

Pagi-pagi lagi ibu dah call. Serius aku ingat ibu call pukul 5 suku.

Ibu : Assalamualaikum. Noor? Nak cakap dengan ayah tak?
Aku : Wa’alaikumussalam. Ayah dah boleh cakap?
Ibu : Boleh kut sikit-sikit tapi jangan nangis pulak tau.
Aku : Eh kenapa Noor nak nangis pulak? (sengih pagi-pagi belum berus gigi)
Ibu : (ketawa) A’ah kan, buat apa nak nangis. Kita kuat, kan? (pass handphone ke ayah)
Aku : Assalamualaikum ayah. Ayah okey tak?
Ayah : Wa’alaikumussalam. Okey. Noor okey tak kat sana? (suara ayah lemah tapi aku nak bagi ayah dengar suara ceria walaupun sebenarnya aku masih mengantuk!)
Aku : Noor okey. Hah, sekarang rekod bersih ayah kat hospital dah tercemar. Hehe
Ayah : E’em. (selalunya ayah akan balas dengan lawak spontan, tapi kali ni ayah cuma cakap em)
Aku : Ayah jaga diri tau! I love you ayah! (ulang baca tiga kali sebab ayah diam je tak membalas)
Ayah : Baik-baik kat sana. Wa’alaikumussalam.
Ibu : Hah, dah cakap dengan ayah?
Aku : Apa lah.. Ayah ni orang cakap I love you ayah balas wa’alaikumussalam pulak. (padahal dah kebiasaan ayah takkan balas bila aku cakap I love you. Kan dah cakap ayah ni suka control macho!)
Ibu : Ayah tak boleh cakap banyak. Doktor tak kasi. Nanti ayah pening. Insya-ALLAH hari ni ayah dah boleh keluar. Kalau tak tengah hari, petang kut.
Aku : Wah bagus lah, dah tak payah ibu dengan adik tidur kat hospital.
Ibu : Kalau tak tidur sini kang ayah takde kawan. (note that rumah aku ke hospital ambil masa dalam sejam)
Aku : Alaaaaaa kat hospital mana ada hantu.. (mengekek ketawa)
Ibu : HAHA, takpe la. Sini pun ramai orang tidur jugak.
(Semalam aku mesej ibu sebelum tidur. Aku suruh ibu balik rumah tak payah temankan ayah sebab aku takut nanti ibu pulak yang sakit. Huhu. Tapi itulah ibu, selalu manjakan ayah. Ayah beruntung tahu! Hehehe)
Aku : (diam)
Ibu : Eh, Noor tidur lagi ke?
Aku : A’ah la bu.. Belum pukul tujuh punnnn..
Ibu : Eh, dah pukul enam setengah lah! Gi bangun solat!
Aku : Eh? Noor ingat sekarang baru pukul lima. Hehehehe. Okey la, ibu dengan ayah jaga diri tau. I love you ibu! Kirim salam kat adik (Yang masih tidur. Kesian adik. Huhuhu). Assalamualaikum.
Ibu : I love you too. Wa’alaikumussalam..

Klik! Bangun, solat, mesej semua kawan-kawan baik cakap ayah dah boleh keluar insyaALLAH hari ni. Heeee :)

Aku tak boleh nangis macam hari tu. Aku lupa yang aku kena kuat. Kuat untuk ibu. Kesian ibu kena harungi semua sorang-sorang. Anak-anak ibu semua jauh. Tinggal yang kecik je. Kesian adik, kecik-kecik lagi dah kena hadapi semua nih. Aku rasa adik dah matang sebelum usia mematangkan dia.
p/s: Maaf ayah, Noor tak buat tahajjud pun. Padahal kalau kita nakkan sesuatu kalau kita tak buat tahajjud macam in reality, kita sebenarnya taknak kan benda tu, kan? Huhuhu. Noor cuma buat solat hajat 12 rakaat doakan ayah. Terima kasih selagi lagi untuk seeeeeeeeeeeeeemua kawan-kawan yang tolong doakan ayah! Ayah dah sembuhhhh!! Terima kasih ALLAH! :D

9 comments:

Acik Erna said...

Alhamdulillah..Noor boleh senang hati dan nati boleh berbual dengan ayah macam biasa..Insyaallah ayah noor akan terus sihat denagna adanya doa dari anak2 nya

Deru Ombak said...

Alhamdulillah...Jangan putus berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa.


**sori pagi tadi Noor.. Kakya potpet potpet.. Tetiba bateri kong x perasan.. Have a nice weekend dear.. :)

Kakzakie said...

Masya-Allah... tak tahu Noor menghadapi situasi sama dgn kakak. Bapak akak dah ok sekarang dlm proses therapy di rumah kakak, belajar jalan dan buat exercise.

Moga abah Noor juga terus sembuh. Yg penting siapa yg jaga jgn lupa ingatkan waktu solatnya.

Bersama kita doakan orgtua kita.

Kesuma Angsana said...

Alhamdullilah. tumpang bahagia bila kawan2 gembira. Moga ayah terus sihat ye

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Alhamdulillah, Papa dah ok. Kakak baru tahu pagi ni, tu pun Acik Rose yang bagitau. Terkejut kakak, yalah kan Papa kan mana pernah sakit2. Nda apa Non, banyak2 berdoa. Semua ni ujian.Allah menguji insan yang Dia sayang.

insan marhaen said...

tahniah aras keesembuhan ayah. tahniah juga kerana allah beri kesempatan untuk NV terus berbakti kepada ayah.

jangan persiakan masa terhad yang ada ini...

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah ayah Noor dah boleh keluar hospital. Akak doakan semoga kesihatan beliau akan terus pulih seperti sediakala, amin :)

Karukord Jagau's said...

Syukur alhamdulillah....ayah dh sihat...moga ceria2 selalu ye hendaknya.

NoorVictory said...

Kak AE : Terima kasih kak! :) sekarang dah senang hati sket. Tapi ayah kena jaga macam-macam la lepas nih. Heeee~ tadi cakap pun macam lemah-lemah je. Huhuhu

Kak Ya : It was nice chatting with you kak Ya! :) heeee~ <3

Kakzakie : InsyaALLAH kak. Semoga ayah kita cepat sembuh kan kak? :)

Allah sayang ayah kita. Allah nak hilangkan sikit dosa dengan datangkan sakit, kan kak? <3

Kak KA : Terima kasih kak! Amiiiinnnn sangat-sangat! Heeeee <3

Kak Ayu : Tu la heran, orang kuat sakit. Huhuhu~ tapi itu la takdir Tuhan kita kadang xdapat expect. Heee~ skrg papa okay, alhamdulillah :)

IM : Terima kasih IM! :) insyaALLAH takkan sia-siakan. Huhuhuhu

Kak Dinas : Amiiiiiiiinnnn sangat-sangat. Terima kasih kak! Saya baru tau pasal entri akak yang ada selit pasal saya. Huhuhu~ tengkyu kak!

*peluk erat! <3

Jagau : Alhamdulillah sangat-sangat! :) heee~ insyaALLAH! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...