Rindu weh. Siapa cakap
aku tak rindu? Nampak orang bahagia dengan pasangan masing-masing tipu lah
kalau hati aku ni tak tergerak cemburu. Cemburu tengok kemesraan manis-manis
manja yang diorang tunjuk. Nak nangis. Harus lah. Cemburu weh. Dalam hati ada
api membakar tangkai hati.
Rindu weh. Bila orang
lain tiap-tiap malam dapat selamat malam, mimpi manis-manis gitu. Aku pun nak! Dan
aku dapat flying kiss dari ibu. Dan kadang dapat selamat malam dari kawan-kawan
yang tak sama tempat praktikal. Hah, kau ada?
Rindu weh. Rindu gila-gila
bila ada benda jadi aku nak kongsi dengan siapa? Nak nangis rambu-rambu dengan
siapa? Kalau dulu aku ada tempat meluah. Dia lah sahabat dialah pita perakam dan
dialah tong sampah mendengar segala keluah kesah hidup aku. Dia lah baldi besar
yang siap sedia dengar curahan hati aku. Setia. Sangat setia. Sekarang? Apa-apa
hal aku ngadu kat DIA terus. Kadang-kadang aku meluah kat ibu, ayah. Kadang-kadang
adik jadi mangsa. Haha. Kawan-kawan serumah, sebilik, tak sama tempat praktikal,
kadang-kadang telan sendiri benda yang tak perlu cerita.
4 tahun. Takkan tak
rasa apa-apa kot? Tipu lah kalau aku cakap perasaan tu hilang macam tu je. Aku bukan
iron lady, hati besi. Hati aku lembik je, macam jeli. Senang je melembik,
mencair. Jeli cair ek?
Dan bila rindu-rindu
macam tu datang, aku cepat-cepat ingatkan diri janji Tuhan tak pernah tak
ditepati. Janji ALLAH pasti. Tak dapat bahagia di dunia, di akhirat nanti ALLAH
bagi. Setiap kesulitan pasti didatangkan dengan kemudahan, kan? ALLAH tak
datangkan hujan tanpa pelangi. ALLAH tak jadikan beluncas tanpa rama-rama. Dan ALLAH
takkan jadikan kesusahan tanpa rahmat dan hikmah di sebaliknya. Hikmahnya, aku
makin dekat dengan Dia, dengan insan-insan yang lebih perlu perhatian aku.
p/s: Doakan aku
istiqomah. Aku pun akan selalu doakan korang yang sedang bertatih menuju
redha-Nya untuk selalu tsabat di jalan ALLAH. Biar lah sengsara dalam
redha-Nya, dari bahagia dalam murka-Nya, kan? :)
Buat masa sekarang,
aku lebih mahu, lebih tenang, selesa dan aman sendiri. :)





6 comments:
KA ponw tengah mencari2 ketenangan ni!
:)
cemburu
rindu juga
;D
InsyaAlllah ada hikmahnya..
luah je puas2 nanti ok la tu..
Memang sampai bila2 tetap jadi kenangan.. tapi atleast kita dah ada 1 pengalaman...
teringat lagu BILA RINDU nyanyian Black Dog Bone...
KA : Heeeee~ semoga KA berjumpa dengan ketenangan yang dicari. :)
Sajjida : :P heheheheee
Azzizatul Huda : Rindu jugaaaaaaa! :D
makchaq : Takde yang terjadi sia-sia, kan makchaq? :)
IM : Heeeeeee~ jap lagi nak cari dalam youtube!
Post a Comment