Monday, 3 September 2012

Kata. Ayat. Aku.


Kata.
Kata itu cuma rangkaian aksara,
Digubah menjadi kata,
Penyedap rasa,
Pengubat luka.

Ayat.
Ayat itu cuma rangkaian kata,
Digubah menjadi ayat-ayat indah,
Kadang menghiris rasa,
Kadang menyembuh luka.

Aku.
Aku cuma rangkaian ayat dan kata-kata,
Ku gubah biar indah,
Agar aku dapat merasa,
Agar kau dapat merasa,
Agar dia dapat merasa,
Tentang kata yang tidak mampu kita gubah,
Menjadi satu ayat yang sempurna.


Ini cuma kata-kata yang aku susun menjadi ayat-ayat. Dari hati dan otak seorang aku.
NoorVictory
7:17 am
August 29, 2012

4 comments:

Dinas Aldi said...

...dan sangat indah kata2 yg disusun menjadi ayat2 olehmu itu, dik :)

Karukord Jagau's said...

Waaah syahdu2 ayat nih

makchaq said...

Bila makchaq mai sini, makchaq selalu kena baca... apa ni.. sajak ke? yang macam ni la...

Cikgu2 ni memang pandai la tulis..
Harap2 lama2 makchaq pun pandai tulis macam ni..

Memang biasa tu nyanyi sengau.. style la...he he

NoorVictory said...

Kak Dinas : Heeee~ biasa-biasa je kak :)

Karukord Jagau : Hahahahahahaha. Yeke syahdu?

makchaq : Heee~ saya pun xtau nih apa makchaq. Tapi kalau saya takde cerita nak tulis saya letak ini je. :)

Kalau makchaq tulis best! Lawak je. Hehehhe. Saya kalau gi blog makchaq confirm gelak sakan. Hahaha

Hahaha. Student saya tu memang nak kena. Sekarang kat kelas hari-hari suruh saya nyanyi lagu patriotik. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...