Kan dah cakap kat post ini nak cerita
pasal pengajaran dari students? Hah, aku nak cerita pasal apa yang
pelajar ajar aku.
Hari tu gossip-gossip dengan pelajar
kat padang (kononnya nak buat badminton tournament tapi tak jadi jadi tutup
cerita). Diorang cakap aku tak garang. Huh. Pastu waktu kitorang cikgu-cikgu
praktikal tangkap gambar, aku cakap la, “okay, jom buat pose cikgu garang.”
Lepas tangkap gambar sorang kawan aku tak boleh stop gelak. Dia cakap “nak buat
pose garang tapi kau yang paling tak garang!” =_=
Anyway, hari ni kelas relief. And aku
ada bagitau kan aku dah taubat sangat-sangat tak masuk kelas relief. So aku
jagakan kelas tu sampai masa balik sebab kawan aku ada kerja kat bilik guru.
Ada budak main daun terup dalam kelas.
Pastu aku pegi kat tempat diorang dan
cakap “saya nak awak buat kerja awak dulu (cikgu yang tak datang tu bagi kerja)
lepas dah siap barulah awak semua boleh sambung main.” Note that aku tengah
jaga kelas Mandarin jadi semua student adalah pelajar Chinese .
Pastu aku pegi balik ke meja guru.
Flounder cakap “teacher, be a good teacher la. That is against the school’s
rules. You cannot let them play the cards in class. And he is a prefect!”
Sorang student tu pengawas. Aku pun
duduk. Sambil telunjuk kanan kat tepi dahi kanan. Diam.
Pastu dia sambung lagi (student aku
membebel wehhhhh) “teacher, no need to ‘touching’ la. This will be one of your
‘pengalaman’.” Ngaaaa -_-
Okay, selepas dibebel aku pun berdiri
dan menyingsing lengan baju (virtually) dan cakap kat dia dengan machonya,
“watch me.”
Aku pegi dekat students yang tengah
syok main daun terup dengan dahi berkerut-kerut tuh. Aku ambil daun terup tu
dan cakap dengan muka paling serius tahan hidung dari kembang yang pernah aku
buat!
“awak tak boleh main daun terup dalam
kelas. Awak nak cikgu disiplin rampas pastu hantar awak pegi Bilik Wawasan
(bilik disiplin) ke?”
“alaaaa cikgu boleh laaa. Kita mau
main la.”
Aku cakap lagi, “ini sekolah, awak
kena ikut peraturan sekolah. Sekolah tempat belajar bukan main daun terup.
Kerja awak pun tak siap lagi. Nanti kalau awak dah habis belajar, main la suka
hati awak. takde sape nak marah.” Mak enon membebel sambil tangan sibuk
menyusun daun terup.
“Nanti polis yang tangkap la
cikguuuu.” Hahah. Kalau main judi ya la kena tangkap kan? Kalau main suka-suka
kat rumah takdenye polis nak tangkapppp.
Okey, aku pun pegi kat pengawas tu,
cakap dengan dia kena bertanggungjawab sebab dia pengawas. Jadinya dia kena lah
larang kawan-kawan dia buat sesuatu yang melanggar peraturan sekolah. Tahu tak,
pengawas ni Chinese jugak kan, HAHA dia selalu cakap I love you kat cikgu yang
tak ajar kelas dia ni. HAHAHA. Aku kenal dia sebab aku pernah marah dia buang
sampah merata-rata. :P
Pastu aku pun menonong balik ke meja
guru kat depan kelas. Flounder and his friends tengok aku. HAHA. Teacher
diorang yang lemah lembut sopan santun ni berani jugak kan? :P minta mahap ye
tak sengaja puji diri sendiri. HAHA
Flounder tepuk tangan dan cakap,
“teacher, I want to congratulate you!” HAHA. Pastu lagi dia cakap, “I will make
you a sijil!” HAHAHAHAHAHA. Dah la nak buatkan Prune Cake ni lagi nak buatkan
sijil. Oh Flounder, you are so sweet! :)
p/s: Maaf ini cerita Jumaat lepas baru sempat
nak publish sebab broadband tak bayar lagi. :P MAAF BELUM DAPAT BLOGWALKING!!! :(


4 comments:
Teringat sorang cikgu masa saya form 6..cikgu BM..dia selalu perli saya sebab tukar aliran dari sains ke sastera..saya cukup meyampah but at last saya buktikan saya mampu dapat A dlm stpm utk subjek dia..huhuhu..tqsm Cikgu Alfian!
tq share n tq juga atas yr support ye , sgt2 KA hargai saat2 mcm ni
Macam-macam kerenah anak murid kadang boleh buat pening kepala kadang boleh senyum juga...
mcm2 kerenah pelajar ni kan..
Post a Comment