Sunday, 23 September 2012

Priya! Oh Priya!

Assalamualaikum.

Semalam (sabtu 22/09/12) aku pegi sekolah jugak sebab cuti berganti. Hari ni students kelas 2R siap peril-perli “teacher dah rehat!” aku tengok jam ada setengah jam lagi nak rehat!

Rupanya aku lepaskan diorang awal setengah jam waktu lecturer observe Jumaat 21/09/12! Nervous punya pasal. Huhuhu. Patut diorang macam terpinga-pinga langsung tak berganjak keluar kelas bila aku suruh. Siap aku suruh stand up and cakap “thank you class”. Pastu diorang tak keluar jugak. Hairan! Apa taknak rehat bebudak ni??

Bila aku dah masuk bilik guru baru lah kawan-kawan aku cakap.

Kawan baik 1: Weh! Kau keluarkan kelas kau awal hari ni???
Kawan baik 2: A’ah, kawan baik 1 siap marahkan si Ali (bukan nama sebenar) sebab jalan-jalan kat kantin.
Aku : (cek jam, tengok jadual) laaaaaaaa hari ni Jumaat aku tengok jadual hari biasa. Huhuhuhu!

Dalam fikiran, macamana lesson plan 75 minit boleh muat-muat dalam 45 minit??? AJAIB!

Oh, sambung cerita semalam. Aku cuma dapat satu kelas relief. 2G. aku pun masuk dengan machonya. Dari jauh aku nampak a girl tengah bercakap telefon. Aku panggil, dia lari. Aku tanya kawan-kawan dia yang ada masa tu (kelas tu cuma ada 5 orang je semalam!) semua taknak jawab nama dia siapa. Aku sabar. Duduk siapkan reflection pastu bercakap dengan Sassi. One of 2G students. Aku siap belajar bahasa Tamil lagi. (more vocabs! I like!)

Pastu bila reflection dah siap aku pun cakap dengan Sassi.

“You jaga kelas tau jangan bagi siapa keluar kejap lagi saya naik balik.”

Pastu aku pegi bilik guru, ambil drawing block, pencil case dan colour pencils. Aku pun menapak balik ke tingkat 2.

And to my very surprise, budak perempuan tadi datang balik and still gayut kat telefon!

“Sini! Jangan sampai saya hilang sabar! Bagi saya handphone kamu tu!”

Lepas aku dah marah-marah, kawan-kawan dia pun cakap bagi la, bagi la (dalam bahasa Tamil tapi aku macam boleh faham sikit-sikit HAHA) dia pun bagi dengan air mata yang bergenang. Aku siap sebut nama dia. Budak-budak sini takut cikgu tau nama sebab nanti senang cikgu nak buat report.

Pastu aku panggil dia.

Aku pot pet pot pot cakap mak bapak hantar gi sekolah untuk belajar bukan bergayut pastu tanya pakwe dia tu belajar lagi tak dia geleng cakap umur 15 tapi dah kerja. Okey. Aku tarik nafas dalam-dalam.

“Saya tak marah awak couple, saya tak marah kalau awak nak gayut dengan boyfriend awak tu. Tapi waktu belajar, belajar. Bila semua kerja sekolah dah siap baru mesej, gayut. Kesian mak bapak awak kerja siang malam nak sekolahkan awak tapi awak habiskan duit diorang dengan topap. Saya tak pandang rendah dengan boyfriend awak yang dah kerja dan tak sekolah. Tapi awak ingat kahwin ni senang ke? Awak nak cuma dia sorang je kerja awak buat kerja rumah? Awak ingat cukup ke? Kalau awak nak apa-apa dia boleh belikan ke? Takkan awak nak korek duit dia je? Dia pun kerja susah. Jadi awak belajar lah sungguh-sungguh, nanti awak boleh tolong mak bapak awak. Awak boleh tolong dia jugak.”

Aku dah lupa apa aku bebelkan. Yang lawak, sambil aku cakap sambil kawan dia translatekan. HAHA. Pastu bila aku stop, kawan dia tengok aku and cakap “cikgu, cakap lah lagi!” HAHAHA. Kawan-kawan dia pun angguk-angguk nasihatkan dia. Haila budak-budak.

Lepas marah tu aku cakap kat dia, “Hah awak berdiri tegak-tegak kat situ saya nak lukis muka awak yang nangis tu!”

Pastu kawan dia cakap “Ayyyooooo cikgu cantik la.. Lepas ni lukis saya pulak ya cikgu ya..” Tapi masa tak cukup dan aku pun memang malas nak lukis semua orang. Bukan senang and I’m not a pro! *sedih

Budak-budak tu cakap “Ayoo cikgu you pandai lukis ye..” aku jawab, “Saya bukan pandai melukis tapi saya suka melukis. Awak pun sama, awak tak pandai belajar, tapi awak suka belajar, lama-lama awak jadi pandai.”

Macam Flounder selalu cakap “teacher, you jadi cikgu seni la.”

Sebelum balik, aku bagi handphone dia balik. Ouh, gambar yang aku lukis tu dia mintak and aku cuma tulis study hard. Itu je. Huhuhu. Susah kan nak tolong semua orang? Aku harap sangat Priya boleh digest bebelan aku tu.
p/s: Sekarang aku tau kenapa orang selalu cakap orang tua lebih dulu makan garam. Ya, aku dah makan garam lebih awal dari students. Dan terima kasih ALLAH untuk itu.

8 comments:

mama aryan said...

hihi..tenti si priya hargai lukisan cikgu tu..silap2 tampal kat dinding bilik

Acik Erna said...

assalam cik gu..betul ke apa yang cik gu cakap tu..dia orang translate kan tak tinggal dan tambah2 he he..nanti lama2 cik gu pun pandai cakap tu kan

JR said...

Inilah part yg paling lawak, cikgu:

"..Pastu bila aku stop, kawan dia tengok aku and cakap “cikgu, cakap lah lagi!” "

Kelakar sangat....

Tapi lukisan cikgu memang hidup. Entah bila nak lukis gambar saya pulak??

azzizatul.huda said...

saya rasa dia amat hargai bebelan awak sampai bila-bila! tak pernah cikgu bebel kasi lukisan....nak kene bebel juga! kkkkkkk

NoorVictory said...

mama aryan : Hahahahah~ xtau la kak. Tapi hari ni dia tengok saya malu-malu. :P cehhh~

Acik Erna : Heee~ dia dengar cakap kawan-kawan dia sambil angguk, betul la kot diorang traslate tuh. Haha. Saya pun harap-harap dapat belajar bahasa diorang. Senang sket, kan kak? :)

JR : Hahahaahah~ a'ah, diorang tunggu bebelan seterusnya untuk ditranslatekan. Hahaha

Heeee~ nak lukis macamana, gambaq pun xde. Tapi lukisan ni biasa-biasa je. Huhuhu~ saya tak pandai lukis potret.

Azzizatul Huda : Hahahahhahaa~ penat la nak bebel pastu nak lukis. Hahahahah :P

Dinas Aldi said...

Ayoyo Priya, rumber alarkek..nangis pun cantek jugaa & itu cheguo memang pandai lukis :)

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Wahhh, lps ni lukis gmbr kak ayu pulak, ok..ekekeke

NoorVictory said...

Kak Dinas : Rumber nandre kak! Heeee~ :))

Kak Ayu : Boleh tapi kena sit still for a while la. :P boleh? Heeeee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...