Kekuatan ini akan
goyah kah?
Dan kita, terus
bertanya.
Tentang hal-hal yang
cuma Tuhan ada jawabnya.
Kenapa seakan payah
hendak terima,
Ketentuan Tuhan
tercipta sudah.
Kenapa payah hendak
melangkah,
Kenapa risau tentang
bala,
Kenapa risau tentang
petaka.
Tuhan kan ada.
Justerus hendak
khuatirkan apa?
Kalau ALLAH kata
jadi, maka jadilah,
Kita manusia hendak
menghalangkah?
Yakin dan percaya
lah,
Rahmat ALLAH akan
tersingkap jua,
Hikmahnya akan
menyinar jua.
Sekarang ini saudara,
Cuma bersabarlah.
Bersabarlah
semampumu.
Sehingga habis
nyawamu.
Kalau tidak di dunia
yang serba serbi semu,
Di akhirat nanti
ALLAH pasti memayungimu.
NoorVictory,
24.Julai.2012,
ZS Infiniti
Homestay, 10:59 pm.

7 comments:
betul..BERSABAR..sabar itu manis..:)
pasti ada hikmah sebalik setiap kejadian kan! bertabahlah
Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, kan dik :)
Tenang aja.....sabar itu perlu :)
Senyum2 selalu ^_^
@Anis Nisa (SH): Sabar lah selagi mampu, kan? ;) ganjaran dia nanti berbaloi-baloi..
@kak KA : Hikmah yang ALLAH sembunyikan, kan kak? Yup, terima kasih kak! ;)
@Kak Dinas : Pasti kak, pasti! <3
@Karukord Jagau : Senyum dan sabar itu dua-dua manis! Hee
keep moving :) chaiyok !
@missha : Terima kasihhh! =) heeee
Post a Comment