Wednesday, 19 June 2013

Bukan fobia.

Bismillah.

Assalamualaikum.

I’m sorry. Bila mesej atau chat dengan lelaki badan jadi seram sejuk rasa macam nak muntah. Loya-loya gitu. Any cure? Huhuhu..

Ceritanya macam ni. Dulu masa form 2 aku kenal dengan sorang lelaki ni. Kononnya dia jatuh cinta (yucks) sebab dia nampak aku main bola baling. Ergh. Dia pun mula tulis surat sembunyi identity tapi in the end aku dapat tahu sebab aku sogok budak penghantar surat tu.

Hujung tahun, aku PMR dia SPM aku bagi dia surat cakap thank you for everything and sorry aku tak dapat bagi hundred percent perasaan kat dia. Haha. Ini cerita budak-budak, jangan gelak boleh? ;p

Aku cakap lah aku suka dia sikit je (konon taknak menghampakan). And that’s it. Habis di situ. Dia habis SPM, aku pindah sekolah lepas PMR.

Sekarang, it’s all coming back to me. Yerghhh. Kawan aku lah cakap dia dah kahwin. Aku hari tu nampak dia kat Perarakan Maulidurrasul steady je sebab takkan nak gabra depan suami orang kan. Turns out dia tak kahwin lagi rupanyaaaa. Haiyeeee nak lari boleh? Geli.

Macamana dia boleh cari aku kat Facebook eh? Aku dah letak only friends of friends boleh search aku wehhh. Dia takde mutual friends pun. -,-

Serius nak taip ni pun seram sejuk. Aku taktau ini penyakit apa. Bukan fobia lepas break ke apa sebab sejak sekolah rendah aku memang macam ni. Aku  pernah repot ke penyelia petang ada kawan lelaki selalu kacau, pernah bawak kayu untuk balik rumah sebab takut kena kacau. Tapi itulah, segeli-geli aku pun pegi jatuh cinta jugak. Aiyoo. Pastu broke up pastu kecewa. Ok dah tutup kes nak packing balik kampung esok.

p/s: Doakan aku tak jumpa sapa-sapa yang menaikkan bulu roma! Seram sejuk!

3 comments:

Kakzakie said...

Kalau betul ianya pasangan yg tertulis di LOh Mahfuz apa nak disangkal lagi Noor. Yg penting dianya memenuhi criteria di hati. Seram-seram tapi rindu tak apa kot hihi...

Acik Erna said...

Noor..kalau dah tertulis..nak buat macammana kan noor

miranadia said...

aku doakan kau bahagia. ehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...