Bismillah.
Assalamualaikum.
Rasanya
dah lama tak post entri yang bermanfaat. Tengah-tengah down sangat-sangat lah
idea mencurah-curah ke ladang gandum kan? Bila dah ok sikit mula lah nak lupa
daratan. Entri pun semua ke laut entah pasal apa-apa je. -,-
Aku
spesies manusia yang kalau nak mintak tolong dengan aku cakap kena adjust sikit
pastu kena ada perkataan tolong. Demand tak? Kalau suara keras semacam tapi ada
perkataan tolong tu aku boleh consider lagi. Tapi kalau dah dua-dua takde aku
rasa darah nak menyirap je.
Contoh,
‘tulis ni’. Mula lah expression muka aku berubah pastu badan memang liat je nak
bergerak sebab hati berat sarat dengan marah yang meluap-luap. Ngahaha ;p
Hish
tak sampai lagi part bermanfaatnya.
Ok cuma
nak cakap aku nak balik dah. Lepas ni dah takde lagi internet tanpa wayar free.
Jadinya, tak dapat lah nak update selalu.
Ramadhan
dah nak dekat kan? :)
Keep
in mind, ini mungkin Ramadhan terakhir kita. Jom mempersiapkan diri dengan mula
ikhlaskan hati buat kerja (specially untuk aku. Heh), solat awal waktu, jangan
tinggal solat, sabar, jaga mata, puasa Isnin Khamis, topup solat-solat sunat,
istiqomah dengan amar ma’ruf nahi mungkar, dan sebagainya (sign of limited
idea).
Hari
tu aku dengar tazkirah tapi aku dah lupa siapa penceramahnya. Aku kongsikan
isi-isi tazkirah je la eh?
Macamana
nak istiqomah memohon keampunan Tuhan dalam persediaan menuju Ramadhan. Sucikan
diri.
1. Tengok aib sendiri. Jangan nak sibuk tengok
aib orang je sampai kain sendiri koyak besar tak sedar. Contoh, kita tengok
Akademi Fantasia cakap pitching lari la bagai padahal suara kita boleh
dikomersialkan dalam bilik mandi je punnnn.. Kena lah sedar diri yang hina dina
ni pastu mohonlah keampunan dari Tuhan.
2. Jangan berubah sebab emosi. Contohnya, bila
dapat keputusan teruk (tak kira lah exam ke, driving test ke, putus cinta ke
*ehem tersedak*) kita pun mulalah cari Tuhan di segenap penjuru. Pastu elok je
sihat walafiat sembuh dari penyakit kecewa kita pun dah lupa diri balik. Tak boleh
wehhh. Kena ada rasionalnya kenapa kita nak berubah. Jangan ikut emosi. Emosi tak
tetap, tak stabil. Sebab paling kukuh harus lah kerana Allah. :)
3. Kena berkawan dengan orang yang soleh dan
solehah. Contoh senang, bila kita tengah gayut dengan makwe atau pakwe pastu
kawan kita yang sekepala macam tu jugak datang dekat. Haruslah tak segan silu
malah lebih manja dari biasalah lenggok bercakapnya kan? Cuba letak tetiba
ostad ke imam kampung lalu. Silap-silap nada suara mendatar muka pucat habis pastu
terus hang up. Tazkirah hari tu penceramah bagi contoh Nabi. Kalau tengah gayut
tu Nabi lalu tanya ‘buat apa tu?’ apa nak jawab? Hahhh.. Camtu lah kot
analogninya kawan yang soleh/solehah ni. Kita pun jadi segan nak buat jahat. Untuk
dapat kawan yang soleh dan solehah kta kenalah solehkan diri dulu kan? :)
4. Ingat mati. Contohnya, kenal tak Abby Abadi?
Hah, perubahan Abby sebab Abby cakap masa dia pegi Makkah setiap waktu solat
ada solat jenazah. Hati dia terjentik kot-kot mati tak sempat taubat macamana? Setiap
kali nak buat salah, tanya diri sendiri ‘confident ke umur awak tu panjang?’. Ye
ye je eh..
Sekian
lah dulu. Harapnya sudilah doakan saya selamat dalam perjalanan balik kampung. Flight
petang ni pukul 3:40.
Semoga
Allah memeluk semuanya dengan rahmat dan kasihNya yang tak putus-putus. :)



1 comment:
Betui tu Noor, kalau nak mintak tolong kena la ada please....
Terima kasih kerana mengingat2kan.. kita ni selalu kena refresh, kalau tidak mudah lupa dan leka.. terutama orang2 macam makchaq la.. suka terleka..
Post a Comment