Tuesday, 11 November 2014

Friend in need is a friend in deed.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kehadapan blog yang dah tak aktif macam dulu. Di sini, aku ingin berkongsi sebuah cerita yang telah membuka mata dan fikiranku luas-luas.

Aku dah bagitahu dalam entri-entri yang lepas bahawasanya aku dah posting di kampung sendiri. Perasaan yang selalu aku umbar nak dikongsi, tak jugak terkongsi di sini. Sebenarnya aku nak bagitahu secara terperinci betapa perasaan aku ni berbelah bahagi sama ada nak gembira, sedih atau kecewa ditempatkan di kampung sendiri. Jiwa muda, katakan. Semangat nak merantau berkobar-kobar. Tapi, selalu aje tak ada masa. Agaknya Allah tak nak aku dwell dalam perasaan macam tu.

Aku dah cerita pasal Ikin dan Kadayah dalam entri sebelum ni. Dan aku rasa, Allah tempatkan dua sahabat ini di sekolah yang sama dengan aku sebab Allah nak permudahkan jalan aku ke arah pembaikpulihan diri. Kalau kita nak buat baik, Allah pasti akan tolong, kan? Dalil dalam surah Muhammad itu yang aku pegang sehingga ke hari ini. Di awal perkenalan dulu, riuh aje kalau kami bertiga berjumpa. Masing-masing sibuk nak memperkenalkan diri, menceritakan pengalaman.

Bulan-bulan sudah menyaksikan persahabatan yang tumbuh mekar dan kemudiannya kuncup semula. Sebab masing-masing dah kenal hati budi masing-masing. Masing-masing dah ada perspektif masing-masing terhadap diri masing-masing. Dan persahabatan kini sudah menjadi sesuam kuku.

Tapi, Allah takkan utuskan sesuatu itu tanpa sebab dan hikmahnya, kan? Nak dijadikan cerita, semalam hati ni tergerak nak pegi tidur rumah Ikin dan Kadayah. Walaupun Ikin cakap tak apa sebab Ikin tahu aku spesies cepat rindu ibu, aku tetap berkeras. Takdir Allah. Rupanya Kadayah tengah senggugut teruk. Aku adalah spesies kurang cakna. Kurang nak ambil kisah. Malas sikit nak manjakan orang. Jadinya, Kadayah aku layan ala kadar. Bagi minyak angin, tanya ok ke tak, larang minum air sejuk dan suruh bertungku. Itu aje.

Esoknya, Ikin nasihat. Ikin cakap, masa kita sakit dan susahlah baru kita tahu siapa sahabat kita yang sebenar. Masa sahabat susah dan sakitlah kita luang masa sepenuhnya dekat kawan kita tu. Patutlah Ikin beria suruh aku tengok Kadayah waktu Kadayah sakit kepala tempoh hari. Sorry, Ikin. Masa tu mood tengah tak betul, jadinya memang tak ada mood sangat nak jumpa orang. Lepas tu, Ikin suruh bagi nasi kuning dekat Kadayah pagi tadi. Aku pulak sangat malas nak cari mana satu kunci rumah yang betul untuk buka pintu rumah diorang. Nampak tak betapa tak bagusnya aku sebagai seorang sabahat? Astaghfirullah.

Resolusinya, balik sekolah tadi, aku singgah rumah Ikin. Kadayah tengah tidur. Sebelum solat Zuhur, sementara tunggu Ikin siap-siap nak ambil wudhuk untuk solat berjemaah, aku ambil dan urut tapak kaki Kadayah. Sebab sungguh, aku terkilan sangat dengan perangai sendiri. Sahabat spesies apa aku ni?

Sudahlah Noor. Buang sifat tak ambil kisah kau tu. Jangan apply dekat sahabat sendiri. Dan buang sifat malu tak kena tempat kau tu. Sifat malu untuk melakukan perkara kebaikan adalah sifat tercela, tahu?

Sekian, dari saya, insan lemah yang masih lagi belajar dari kesilapan-kesilapan tetapi sedang berusaha keras ke arah proses pembaikan diri.


Allah, forgive me. Guide me to the right path. Aamiin ya Rabbal ‘alamin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...