Wednesday, 5 November 2014

PENGAWAS SPM

Bismillah.

Assalamualaikum.

Ok. Nak cerita bahawasanya aku jadi pengawas SPM 2014. Dan ianya merupakan satu pengalaman yang amatlah membosankan. Series.


Kenapa aku apply you may ask. Sebenarnya, sepatutnya, tak payah la aku nak sibuk-sibuk pun nak jaga SPM sebab aku duduk jauh dari bandar. Selalunya, yang jaga SPM ni adalah cikgu bandar yang malas nak masuk ke kawasan kampung aku waktu SPM ni berlangsung. Oh by the way, cikgu tak cuti sepanjang SPM. Budak-budak sekolah aje yang cuti. So, kitorang datang sekolah, tunjuk muka, duduk diam-diam, bosan, bosan dan bosan. Well, at least ada kawan nak dibawak bercerita, ye tak? Kalau jaga SPM, tak boleh bercakap, tak boleh asyik dengan handphone, tak boleh baca buku, pendek kata, JANGAN LEPASKAN PANDANGAN ANDA DARI BUDAK-BUDAK YANG SEDANG MENJAWAB. Well, technically, itu dah panjang kata. Oh well.

TETAPI, note that ada tetapi ye. Tetapi, kalau jaga SPM dapat elaun! Weheoo!! Kalau duduk goyang kaki dalam bilik guru dapat dosa kering aje dengar orang mengumpat itu dan ini. Huh. Serius, kadang tu aku rasa macam entah apa-apa aje berita aku dapat. Jadinya, untuk mengelakkan dapat tahu perkara yang boleh merosakkan persepsi aku terhadap mana-mana guru yang diumpat, adalah lebih baik aku chow, buat kerja sendiri, dan hujung bulan dapat elaun!

Sebenarnya, tak adalah semua bilik guru adalah sarang pengumpatan. Sebab sebelum ni tempat aku praktikal dan jadi guru ganti tak adalah sensasi lagi hangat macam ni. Kali ni, cerita sejarah silam orang pun sampai ke telinga. Huhu. Aku rasa, aku kut yang tak jaga telinga ni. Mesti ada silap kat mana-mana sampaikan berita yang sampai ke telinga jadi tak bertapis. Astaghfirullah..


Ok. Itu aje nak cerita. Semoga tak ada lagi soalan bocor. Aku dah taknak ulang jaga!!!!

2 comments:

ijad said...

salam ziarah

aryan azra said...

betul tu..lebih baik duduk jauh2 dr dgr umoatan org..huhu bkn nak kata kita baik,tp takut terumpat sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...