Sunday, 23 November 2014

Saya sayang sahabat-sahabat saya.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kadayah dah balik kampung. Kesian Kadayah sebab kena keluarkan isi perut kotak besar sebab Air Asia tak kasi bawak naik barang basah dalam cargo. Kadayah yang tadinya dah relax boleh gelak-gelak terpaksa cuak sebab flight tinggal lagi beberapa minit dan barang basah ni lagi nak dipindahkan ke dalam tong gabus putih yang kecil. Alhamdulillah kitorang tak balik lagi waktu tu. Ikin pun apalagi, keluarkan tab dia ala-ala wartawan berbayar :p

Alhamdulillah, persahabatan kitorang dah semakin pulih. Syukur ya Allah. Tak dapat digambarkan perasaan gembiranya bila tiada lagi rahsia dan syak wasangka antara sahabat. Semua orang bebas mengeluarkan pendapat masing-masing. Dan hari ni, aku borak dengan Ikin tentang uniknya kami bertiga.

“Tahu tak? Kita bertiga ni sangat unik. Berbeza. Tengok ye, saya ni jenis yang suka pendam, Kadayah pulak jenis yang cakap terus. Tapi kamu tengah-tengah, ada masanya kamu spontan, dan ada masanya kamu akan pendam.”

Aku senyap aje. Sebab antara kitorang bertiga, aku tahu aku adalah manusia yang paling tak peka. Ikin teruskan bercakap.

“Dalam soal kepimpinan, Kadayah di tangga teratas. Sebab Kadayah boleh bergaul dengan semua orang. Saya kedua sebab saya ni boleh je masuk ikut keadaan. Dan kamu pulak yang ketiga sebab tak banyak cakap dengan orang. Dengan orang tertentu je kamu bising.”

You nailed it, Ikin. “Lagi?” Aku rasa macam tengah dalam sesi perkenalan ice breaking dan kursus persahabatan untuk memulakan persahabatan yang lebih manis di tahun hadapan pulak.

“Tapi, kalau bab IQ, kamu nombor satu.”

Kahkah. Ku gelak kejap. “Sebab?” AKu dah terbayang betapa lambat pick-upnya aku selama ni.

“Sebab boleh tengok dari cara bercakap, cara bagi pendapat. Dan lagi, kamu berani meluahkan pendapat. Confident. Kalau saya ni tak berani sangat. Kadayah pulak dia tak berani kalau tak ada orang sokong.”

Dan perjalan balik ke kampung (kitorang dari bandar) pun diisi dengan perkenalan dari awal hingga ke hari ini dengan bermacam garam dalam persahabatan. Dan aku, mula peka tentang perbezaan dan persamaan antara kami, tentang hobi, warna kegemaran, makanan kegemaran..

Bersyukur. Terima kasih Allah, atas nikmat dalam samara ini. Perkenalan dengan Ikin dan Kadayah membuat aku lebih menghargai persahabatan-persahabatan yang pernah terjalin. Sekarang, aku tengah cuba untuk tetap ada ketika diperlukan sahabat-sahabat. Mencuba untuk memahami dan bertoleransi di samping tetap menjadi diri sendiri. Sedang cuba mendahulukan sangka baik dari prasangka negative.

Bila aku tanya Ikin macam mana nak ubat perangai aku yang tak suka bergaul, Ikin terus jawab, “tak payah ubah. Itu kamu. Jadi diri sendiri.”

I am blessed with wonderful friends and family. Terima kasih Allah atas anugerah mu yang tidak terhingga sedari hamba lahir ke dunia sehinggalah dewasa ini.

3 comments:

miranadia said...

member2 kat sekolah ke?

Alhamdulillah. kalau dapat kawan yang menyenangkan di tempat kerja, kita pon tak stress.

NoorVictory said...

Hehe. Yup, Mirah. Banyak betul aku belajar dari dorang.

Dinas Aldi said...

Salam dik. Tiba2 teringat. Semoga sihat & bahagia selalu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...