Monday, 19 November 2012

Adik.

Assalamualaikum.

Hari ibu sakit aku nampak adik tadah tangan, mulut adik kumat-kamit. Waktu tidur aku tanya adik ‘tadi akak nampak adik doa, adik doa apa?’

Adik cakap ‘adik doa untuk ibu. Tak boleh bagitau orang kita doa apa nanti tak makbul.’

Aku cakap, ‘tak boleh bagitau kat orang yang kita doakan je.’ *puas jugak aku pujuk adik supaya adik bagitau.

Adik cakap, ‘oh eh?’ adik bisik kat telinga ‘adik baca al-fatihah, kulluwallahuahad, kul azubirobbinas, kul ‘azubirrobilfalaq pastu adik mintak Allah sembuhkan ibu, adik mintak Allah ampunkan dosa-dosa ibu.’

Adik. T__T

4 comments:

لين Si Pipi Merah said...

amiin.. syafakillah buat ibu ukhty.

Dinas Aldi said...

Ibu dik Noor tak sihat? Akak doakan semoga beliau segera sembuh & berada dalam limpahan rahmatNya.

TiranaAduka said...

nice cerpen. Ta suka
Moga ibu dek nor kembali sihat

mama aryan said...

moga ibu noor akan sembuh insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...