Assalamualaikum.
Cuti 4 bulan
sekarang dah tinggal 3 bulan.
Dan dalam waktu 3
bulan ni aku nak habiskan baca buku-buku yang aku beli waktu praktikal. Ya,
buku-buku memang elok dibeli dan dibaca, tapi kalau silap percaturan boleh
menyebabkan duit melayang sebab luggage lebih muatan bila nak naik kapal
terbang. Oh ya, aku cakap pasal diri sendiri.
Aku suka cerpen. Entah
kenapa kurang suka novel yang ambil masa berhari-hari untuk habiskan. Setakat ini
masa tercepat yang aku ambil adalah 2 minggu. 143 karya Pingu Toha dan Quartet
karya Saidatul Saffaa yang aku bagitau dalam post INI. Dua-dua novel ini aku
gerenti tak rugi dimiliki dan tak rugi dibaca.
Sambung pasal cerpen,
aku ada 2 antologi cerpen yang berkisar tentang Palestin. Satu dibeli tahun
2008 tajuknya Lelaki dari Shatilla dan satu lagi dibeli tahun 2010 kat Pesta
Buku PWTC, Biarkan Aku Jadi Orang Palestin. Walaupun aku dah habis baca
kedua-duanya, tapi aku dah lupa kebanyakan cerita. Jadi aku nak ulang baca.
Moga-moga aku dapat
idea nak tulis cerpen tentang Palestine juga. Tapi sekarang aku nak tidur dulu.
Moga-moga idea datang mengetuk di alam mimpi.
Buat masa ini, ibu
dah sihat. Semoga ibu tak sakit lagi. J


9 comments:
cita-cinta IM nak tulis novel masa muda dulu tinggal cita-cita.
salam noor..tentu menarik kisahnya ni..teringin nk baca ..semoga ihu akan terus sihat ya. selamat bercuti..
salam
Salam kenal dari tirana aduka
Baca tulisan2 Noor makchaq dapat agak mesti Noor pandai menulis, kalau dah siap cerpen post la boleh tumpang baca..
Makchaq nak buat karangan pun tak lepas..
Alhamdulillah mak Noor dah sihat.. Semoga Noor sekeluarga sentiasa di dalam lindungan Allah....
Adik mesti manja ngan Noor kan.. macam Nafisah manja dengan abang kakak dia
Baca tulisan2 Noor makchaq dapat agak mesti Noor pandai menulis, kalau dah siap cerpen post la boleh tumpang baca..
Makchaq nak buat karangan pun tak lepas..
Alhamdulillah mak Noor dah sihat.. Semoga Noor sekeluarga sentiasa di dalam lindungan Allah....
Adik mesti manja ngan Noor kan.. macam Nafisah manja dengan abang kakak dia
salam noor...bila dah berjaya hasilkan buku, jgn lupa hadiah kat akak satu :)
# selamat memasak roti telur + meat ball =))
Banyak masa terluang Noor. Kakak dulu tulis cerpen masa belajar sebab miskin tak ada duit nak cari duit kocek.
Sekarang idea semua dan tandus hihi..
Tunggu Noor punya ajelah:)
Harap2 idea tu datang dlm mimpi yek
akak suka membaca novel,cerpen pun suka juga...cuma skrg kurang waktu utk membaca
Post a Comment