Saturday, 23 March 2013

Hati mu Milik Siapa?


Bismillah.

Assalamualaikum.

Dua malam lepas, aku dengan kawan-kawan baik berpeluang mendengar forum Hatimu Milik Siapa berpanelkan Ustazah Fatimah Syrhah dan suami. Alhamdulillah, best.
Sedikit perkongsian daripada apa yang aku dapat (yang aku tulis dalam kertas A4 sebab lupa nak bawak buku catitan). Semoga bermanfaat.

1. Cinta umpama cangkul. Kalau digunakan untuk menanam bunga, bermanfaat. Kalau digunakan untuk pecah rumah, mudarat. Cangkul tidak akan masuk neraka atau syurga, tapi pembawanya yang akan tanggung akibat.

2. Cintailah yang lebih banyak berbakti kepada diri kita. Seharusnya cinta Allah cinta utama. Allah Maha Baik.

3. Kalau betul cinta, mesti selalu keep in touch. Dengan Allah.

4. Kalau rasa cinta manusia lebih dari cintakan Allah. Bandingkan keistimewaan dia dengan Allah. Kalau bulu mata dia cantik, Allah lah yang mencipta bulu mata dia tu. Hah, siapa lagi special? Allah jaaaaaaaaauuuhhhh lebih special. :)

5. Jangan buat Allah cemburu. Urus kasih sayang dengan redha Allah.

6. Kalau kita sayang sahabat kita kerana Allah, kena bantu sahabat kita jadi baik menuju syurga Allah dengan kita sendiri pun memperbaiki diri.

Dan, sedikit peringatan untuk kita semua (untuk aku terutamanya).

 Oyasumi. Selamat malam.

2 comments:

insan marhaen said...

Cinta itu bermula dari benih. Jika benih itu dibaja dan disiram dengan bahan yang baik, insyaAllah bunganya juga akan subur dan wanginya harum.

whitecappuccino said...

perkongsian yg menarik...tima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...