Bismillah. Assalamualaikum.
Mungkin,
yang paling susah adalah mengikhlaskan segalanya.
Baru-baru ni
adalah beberapa page kat FB, blog-blog copy paste pastu tak bagitau source
quote dari mana (wah ini bajet blogger fofular nih!). Hati rasa tak tenteram. Arghh sangat susahnya nak ikhlas! Sangat
susah nak cakap pada diri “aku buat ini kerana Allah, ilham ini datang dari-Mu,
hamba hanya penyampai ilham kepada segelintir manusia, untuk membuka mata,
membuka hati, hakikatnya semua datang dari-Mu Ya Rabb.”
Mungkin ada
jugak kawan-kawan blogger yang rasa macam ni. Yang alah bisa tegal biasa yang
dah ikhlas kerana Allah, syabas sungguh-sungguh aku ucapkan. Aku nak capai
taraf macam tu. Aku nak ikhlas! Allahhhh sangat susahnya nak ikhlas. Sangat
susah!
Bila sapu
rumah kalau mak tak perasan rasa nak nangis taknak sapu rumah lagi. Kalau buat
sarapan sedap ayah tak puji rasa tak dihargai. Kalau beli alas kaki untuk bilik,
roommate tak ucap terima kasih pun rasa gelisah macam nak hantar balik je alas
kaki tu ke kedai. Apalagi kalau buat baik kat kawan-kawan diorang buat dek je,
rasa nak sepak muka sorang-sorang laju-laju. Kenapa susah sangat nak ikhlas?
Kenapa nak
jugak kredit dari manusia padahal kita dah tahu Allah janjikan balasan atas
amal kita walau sekecil zarah? Kenapa nak kotorkan amal yang mulanya kerana
Allah dengan rasa nak dihargai?
Kan Allah
ada sebut dalam al-Quran surah al-Zalzalah ayat 7 “Barangsiapa
yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat
(balasan)nya.”
Amal kecil-kecil pun Allah tengok, takyah nak minta pandangan
dari manusia. Manusia cuma dapat bagi rasa kembang hidung untuk berapa minit
je. Syurga abadi tu Allah yang bagi. Buat apa nak diharapkan kredit dari
manusia?
Pastu
dalam surah lepas surah al-Zalzalah, surah al-Aadiyat pulak Allah cela orang
yang sangat cintakan dunia. Alllah s.w.t ancam manusia yang ingkar dan yang
sangat mencintai harta benda yang diorang akan dapat balasan yang setimpal waktu
dibangkitkan dari kubur. Hasil-hasil tulisan yang nak kredit manusia, kerja-kerja
yang nak puji-pujian, pemberian yang nak balasan dan ganjaran dari manusia, itu
semua dunia, kan? :(
Allahhhhhh..
Sangat susahnya untuk ikhlas. *nangis
Harapnya,
firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 262 boleh membantu kita (aku
terutamanya) untuk ikhlas seikhlasnya dalam segala hal dan perbuatan.
“Orang-orang
yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa
yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak
menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan
mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih
hati.”
Allah,
bantu hamba untuk ikhlas.
Selama
ianya bermanfaat untuk saham akhirat, in shaa Allah aku akan berusaha untuk
ikhlas. Sangat susah, tapi aku akan usaha jugak! Mohon doa dari semua.

2 comments:
Zaman skang ni manusia lebih mengharapkan redha manusia dr redha Allah..
Bila dah ada niat dihati untuk memperbaiki diri insyaAllah Allah akan tolong kita baiki diri kita..
Post a Comment