Copypaste from sederhanaindah.tumblr.com.
Solehah
itu penting.
kita
selalu dengar, “dunia ini penuh perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah
wanita solehah.”
dulu,
bila saya dengar ayat (hadis) ni, saya macam, tak berapa ambil pusing. sebab,
saya kurang faham dan saya rasa, iyalah, belum ada rasa dan hati nak ke arah
meminati wanita. saya berkawan dengan wanita, tapi untuk jatuh suka, belum
lagi, kut? (hahaha). saya mentafsirkan bahawa perempuan solehah itu baik. tapi
belum sampai tahap kepentingan.
sehinggalah
suatu hari. bila saya tumpang kereta seseorang. ahli keluarga saya. yang dah
berkahwin. saya duduk di kerusi belakang. menumpang untuk balik ke kampus. saya
tak la nak tumpang sangat, tapi mereka beria pelawa. jadi saya pun tumpang la.
(i)
ketika
itu pagi. kami belum bersarapan. jadi si suami memandu menuju ke sebuah
restoran yang terkenal dengan keenakan roti canainya. saya pun mengikut
sajalah. ketika melangkah ke kedai dan duduk, datang pelayan bagitahu yang roti
canai dah habis. si suami merungut. katanya “alah, kenapa habis pulak. time
orang nak makan, time tu la nak habis!” dan si isteri pula menambah “entahnya.
orang hujung minggu ni la buat banyak sikit. dah tahu orang ramai.”
saya
terpempan. terkejut. tersentak. saya teringat ustaz berkata dalam sebuah
ceramah ; “rezeki itu adalah sesuatu yang melepasi kerongkong kamu. jika
sesuatu itu berada dalam tangan, belum dikira rezeki lagi.” si suami marah
kerana tak dapat makan roti canai. kenapa nak marah? bukankah itu tandanya
tiada rezeki? kenapa tidak sabar dan redha? kenapa perlu merungut? dan saya
tambah kesal dengan kata-kata si isteri. (maaf cakap) si isteri itu bertudung
labuh. namun hatinya tak selabuh tudungnya. seharusnya seorang isteri itu perlu
menyabarkan suami. bukan menambah kemarahannya.
(ii)
kami
pun masuk ke dalam kereta. si suami masih lagi merungut. dan si isteri masih
lagi dengan kata-kata menyakitkan hati. kata-kata yang tidak menyabarkan.
kemudian berlaku sesuatu. ada sebuah motor memecut laju. si suami marah sebab
hampir melanggar motor itu. si suami dalam kereta memaki “hei celaka betul
budak ni! yang bawak laju-laju tu kenapa. nasib baik tak mampus aku langgar!”
si isteri pula menambah “entah budak tu. dah la orang tak dapat sarapan lagi
ni. buat pasal pula.”
saya
menggeleng. kesal. kesal sangat. sebagai seorang isteri, seharusnya dia
menyejukkan hati seorang suami. bukan menambah panas.
(iii)
si
suami masih lagi merungut. si isteri tiba-tiba berkata “tu la abang, tadi orang
dah cakap, keluar awal sikit. ini tidak. keluar lambat. kan dah tak dapat
sarapan. hah, padanlah muka.”
saya
kali ini mengetap bibir. rasa ingin meletus. tapi saya tak terdaya. saya tak
kuat. saya tak sanggup. kenapa si isteri berkata begitu? kenapa perlu menambah
marah? menambah kesakitan hati?
(iv)
setelah
sampai ke kampus, saya termenung sendiri. teringat kisah yang diceritakan oleh
ustaz dalam kuliah. tentang seorang isteri. suaminya pergi berniaga jauh. dalam
tempoh itu, anak mereka meninggal dunia. apabila si suami balik, si isteri
berdandan dengan cantik sekali. si isteri juga masak masakan yang sedap. si
suami sampai saja ke rumah, terus dilayan oleh oleh isteri. sesudah itu,
isterinya bertanya sesuatu.
“abang,
kalau orang bagi pinjam barang, lepas tu orang tu ambil balik, abang marah
tak?”
si
suami menjawab “eh mestilah tak. kenapa?”
“abang
sabar ye. sebenarnya, anak kita dah meninggal…”
“apa?
kenapa kamu tak bagitahu aku awal-awal???”
si
suami pun pergi berjumpa Nabi dan menceritakan semuanya. lalu Nabi berkata
“isteri kamu itulah isteri yang solehah. dia menenangkan kamu, menyabarkan
kamu, tidak membuat kamu berduka dan meredhakan kamu.”
dan
saya terfikir dengan situasi tadi. solehahkah seorang isteri yang menambah
kemarahan suami? solehahkah isteri yang menyalahkan suami? solehahkah isteri
yang menyakitkan hati suami?
isteri
solehah itu jika berlaku sesuatu yang luar dugaan akan berkata “sabarlah abang,
ini semua ujian daripada Allah.”
isteri
solehah itu jika suaminya susah, dia akan turut membantu.
isteri
solehah itu, bersyukur dengan segala kekurangan dan berkata “tak apalah abang,
ini semua kurniaan Allah. syukurlah saya ada abang. harta boleh cari, dan harta
bukan boleh dibawa mati.”
isteri
solehah itu, dengan sedaya upaya akan mengingatkan suami tentang kebesaran
Allah “abang, mari kita sembahyang ya? kita berdoa supaya Allah ringankan beban
kita.”
semua
hiasan dunia ini, kalau gagal dimiliki pun tak apa asalkan kita memiliki wanita
solehah.
apa
guna banyak harta kalau isteri cuma mahu mendesak-desak untuk memiliki lebih
harta lagi? apa guna isteri cantik kalau isteri itu akan merendahkan wajah
orang lain? apa guna isteri pandai dan bijak kalau suatu masa nanti dia akan
merendahkan kamu?
dunia
ini akan indah, kalau kita memiliki wanita solehah.
kerana
itu Nabi berkata ; dunia ini penuh dengan kesukaan. dan sebaik-baik kesukaan
adalah wanita solehah.
kini
saya lebih mengerti dan faham ayat ni. memang penting mencari yang soleh dan
solehah. ia bukan untuk menikmati dunia, tetapi untuk kita menikmati akhirat.
saya
mengeluh. ya Allah, kurniakanlah kami jodoh dari kalangan mereka yang solehah,
yang beriman dan bertaqwa pada-Mu ya Allah, yang sentiasa mengingatkan kami
kepada-Mu, yang menjadi penyejuk hati kami.
amin.


1 comment:
Assalamualaikum.. ukhti,
ayuh menjadi wanita yang benar-benar solehah..
wanita solehah itu tidak dikenali dan mengenali
Post a Comment