Bismillah.
Assalamualaikum.
Baru-baru ini aku
dihadapkan dengan satu ujian antara dua insan. Oh ini bukan adegan drama
kumbang dan bunga ya. Ini drama cinta sejantina. Ukhwah fillah, in shaa Allah.
Mungkin tidak
perlulah diterangkan panjang lebar tentang jalan cerita yang telah membuat aku dilemma.
Cuma yang aku tahu, adalah amat sukar untuk membuat keputusan memilih di antara
kemahuan dan keperluan. Susahnya nak menerangkan kalau tak pakai tamsilan.
Baik, ini ceritanya (yang diubahsuai).
Seorang kawan
mempunyai sepasang kasut getah. Harganya murah. Tapi kalau aku membeli kasut
itu dia akan mendapat wang tambahan untuk pembiayaan sakit ibunya. Aku memilih
untuk membeli kasut getah itu. Tidak lama, datang pula seorang kawan mempunyai
kasut yang comel. Warnanya menarik perhatian ku. Walaupun harganya mahal, tapi
itulah kasut yang aku idam-idamkan.
Ketika kasut
berkasut comel datang kepadaku, ada teman lain yang bersetuju untuk membeli
sepasang kasut getah. Jadi, aku bersetuju memilih kasut comel. Selang sehari
sebelum hari yang dijanjikan, teman yang mahu membeli kasut getah terpaksa
membatalkan pembeliannya. Tinggal lah kawan penjual kasut getah tanpa teman
pembeli. Akhirnya, aku memilih kasut getah.
Inilah bezanya
kemahuan dan keperluan. Dan kalau ada perang di antara keperluan dan kemahuan,
maaf aku terpaksa memilih keperluan walaupun ada hati-hati yang akan terluka.
Maaf berjuta kali maaf. Aku sedar, ini salah ku. Maaf.
Pilihan tetap saja
di tangan kita. Tentang bagaimana orang lain menilainya terpulang mereka. Yang
pasti, Allah tidak pernah silap menilai isi hati hamba-Nya.
*entah kenapa melalut
sampai ke kasut comel dan kasut getah



2 comments:
kak nurul, bilakah kasut getahku akan bertandang ke pintu rumahmu?
Ianya tetap kasut. Malah kekadang kasut getah lebih tahan lama berbanding kasut comel..
Post a Comment