Monday, 28 April 2014

Pelan hari lahir.

Bismillah.

Assalamualaikum.

My family is no Malibu rich people. Jadinya, having birthday selalunya akan jadi jamuan kecil-kecilan antara kami-kami aje. Waktu aku kecik-kecik dulu ada jugak ibu dengan ayah jemput kawan-kawan sekerat dua kerat jiran-jiran sebelah rumah. Teringat lagi, masa tu takde karan. Jadinya, aku sambut birthday berdua dengan adik yang lahir dalam bulan yang sama cuma beza seminggu dalam lampu romantika samar-samar. HAHA. Lepas tu lagi, kalau birthday ataupun khatam al-Quran, ataupun saja-saja nak sedekah untuk ahli keluarga yang dah tak ada, ayah akan suruh kitorang bawak pisang ke sekolah, bagi dengan kawan-kawan. Takpun hantar ke masjid. Hehe. Those good old days.

Eh dah-dah. Ni apahal mengimbau kenangan lama? Dah tahu diri sendiri spesies kalau down to the memory lane empangan mata macam tak sah kalau tak membuak-buak nak tumpahkan air. Haiye.

Ok. So. Ceritanya, esok birthday adik kitorang yang bongsu. Dan disebabkan alhamdulillah ada rezeki lebih sikit, in shaa Allah hari lahir ini akan disambut esok. Preparation? Heh. Kan dah cakap no rich Malibu family, tak boleh nak tiru macamana Irene prepare birthday party untuk Medina.

Pertama, kek. Kek kali ni main tempah aje. Sebab... Heh. Sebabnya nak tolong-menolong sesama ahli blok. Barisan perumahan aku ni ada orang yang buat kek tau. Hm. Aku ni orang Felda. Jadinya, kitorang ada kumpulan masing-masinglah kiranya. Dan pengusaha kek ni adalah dalam kalangan kumpulan kami. Ah. Kalau nak cerita pasal blok aku nanti ke laut pulak jadinya entri ni. Cerita Felda dan blok lainkali aku share. Jadinya, dengan niat nak membantu anak peneroka mengembangkan bisnesnya, kek kali ni akan ditempah. Disebabkan adik aku suka Hello Kitty dan warna biru, aku pun tempah kek Hello Kitty warna biru. Entah macam mana agaknya kejadian kek tu aku pun tak sure. Harapnya sedap dan cantik ajelah.

Kedua, makanan. Biasa-biasa je kut. Mee goreng dan ayam goreng. Selalunya memang akan tu aje yang dimasak untuk dijamu.

Ketiga, goody bags. Isinya aku letak jelly-jelly dengan London Swiss Roll tu aje. Bajet nak agihkan kepada dalam lebih kurang 20 orang kanak-kanak (ya, BM aku teruk). Tengoklah, kalau rajin esok aku nak masukkan gula-gula sikit.

Tengoklah, ini aje yang mampu. 20 goody bags dalam bakul raga kecik ni je. Hehe. Ikut kemampuan lah kan..

Dan lagi, aku ada buat dadih. Sekarang tengah dilema. Nak masukkan dadih dalam goody bag ke nak letak je as dessert? Hm. Tengoklah esok macam mana.


Ada yang cakap, birthday tak payah sambut. Ada yang cakap, jangan berlebihan dalam buat jamuan. Heh.

Pandangan aku, kita ada banyak cara nak bersedekah. And maybe, buat jamuan makan-makan macam ni is one of many ways kita boleh praktikkan amalan bersedekah. Kalau ada rezeki lebih, kenapa tak kongsi dengan jiran-jiran kan?

Aku rasa, kitorang dah memang terdidik macam ni kut dari kecik. Alhamdulillah Allah has granted us with parents yang tak pernah lokek dalam berkongsi bila ada rezeki lebih. Betullah cakap ayah, perasaan memberi adalah suatu perasaan kepuasan yang tak boleh nak diungkap dengan kata-kata melainkan dirasa sendiri oleh sang pemberi itu sendiri. You nailed it dad!


p.s Harap-harapnya plan untuk esok menjadi. Adik tak tahu lagi ada tempah kek dan goody bags bagai. Semoga Allah merahmati mu adik sayang!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...