Monday, 21 April 2014

This.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Esok sekolah. Ya, aku tau.

Tak remaja tidur awal dah tak boleh pakai dalam kamus hidup aku. Walaupun benci nak mengiyakan, yes, aku bukan lagi remaja. Aku. Dah. Masuk. Golongan. Mak-mak. Dewasa.

Sekarang masa tidur aku dah fix. Kalau pukul 9 mata tak pejam celik sebab rasa macam ada batu bergantung memang tak sah. Dah tak boleh nak stay up macam dulu-dulu kecuali kalau aku ada hal yang nak disetelkan sebelum tidur. Hm. Dah lumrah kan, menjadi dewasa. -.-

Aku nak jadi manusia berguna. HAHA. Tetiba. Tapi benar. Entah la. Aku nak make myself useful. Aku nak tinggalkan kenangan kat dunia yang fana ni. Heh. Ayat macam best je. Sebenarnya boleh je cakap aku nak berbakti pada masyarakat. Done.

Aku nak buat benda yang berguna untuk masyarakat. Pertama, nak buat dekat masyarakat terdekat. Yakni family dan jiran-jiran. Lepas tu baru la kut nak luaskan lagi skop masyarakat tu.

Heh. Angan-angan you would say. Tapi entahlah. Aku nak ada sumbangan. Aku nak buat benda yang would make my older self proud. Yang boleh buat my younger self gembira sebab kecik-kecik dulu dia tak buat benda yang tak patut yang boleh membahayakan nyawa :P
مَنِ اسْتَطَاعَ أَنْ يَنْفَعَ أَخَاهُ فَلْيَفْعَلْ
Barangsiapa yang boleh memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya.’

Cita-cita memang banyak. Tapi aku tahu spesies aku. Manusia yang banyak idea-idea best tapi kurang effort nak merealisasikan. Tapi itulah, for things to change, aku kena ubah diri sendiri.

HAHA. Dah tua-tua gini baru nak sedar diri baru nak celik mata buka minda.

Hm. BETTER LATE THAN NEVER la kan.? :)

“أحب الناس إلى الله  أنفعهم للناس”
“Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat”


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...