Monday, 28 April 2014

Sambutan hari lahir yang setel.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, majlis hari lahir yang dirancang went well walaupun takdelah seperti yang dijangka sangat. Yang penting, berjalan lancar.

Checklist:

Kek Hello Kitty biru, checked!
Dadih, checked. Oh by the way, kan aku cakap nak masukkan dalam goody bags. Hehe. Dadih aku buat tak sedap. Note that aku tak terer masak. Jadinya, kitorang letak aje dadih tu kat ruang tamu, atas meja. Tapi alhamdulillah, budak-budak suka. Jadinya, sebelum diorang balik, kitorang masukkan dadih tu dalam goody bag masing-masing.

Goody bags, checked and cukup untuk budak-budak yang datang. Nasib baik ibu suruh buat lebih sikit.

Mee goreng, checked. Adik lelaki aku yang masak. Hehe. Dia chef in the house.

Ayam goreng, pun checked.

Tahu tak apa yang aku lupa sangat nak listkan semalam??
Pinggan mangkuk, cawan dan garfu!! Dan ais batu!!

Dahlah sehari ni perut diserang senggugut. Tengah kemas-kemas ruang tamu, rasa nak terduduk pun ada. Nasib baik dah siap vacuum. Sebabnya ibu kalau siang-siang kat kedai makan kitorang. Jadinya, up to me la nak buat persiapan. Jadinya, lepas aje vacuum sikit-sikit, aku masuk bilik, meringkuk. Cuba tidur. Dalam dua jam jugak aku tidur. Sebabnya bangun-bangun tadi dah nak dekat pukul 5.

Kelam-kabut jugak nak lap-lap pinggan, cawan dan garfu. Nasib baik jiran ada jual ais batu. Hehe.

Over all, alhamdulillah. Aku happy sebab budak-budak tu happy.
 
Letak gambar anak jiran je. Malas nak publisitikan adik. HAHA.
Adik aku? Heh. Tak Tanya lagi. Sebabnya badan dah lenguh-lenguh lepas cuci piring.



We are happy used utensils! :D

Good night y’all!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...