Friday, 12 April 2013

Senyum je la kot.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Esok kawan-kawan aku nak pegi kenduri kahwin sorang coursemate kitorang ni. Aku takdapat join. Atau mungkin sebab aku memang taknak join. Sebab, aku nak mengelak. Kot. Eh, tak, tak. Memang aku tak dapat join. Sebab, aku nak mengelak. Sebab, mungkin aku mungkin kuat untuk terus senyum, untuk tengok dia (via Facebook) yang makin happy dan gemuk, tapi sangat tak kuat lagi untuk menjejakkan kaki ke daerah kenangan.

Peduli la kot orang nak cakap apa. Orang nak cakap aku taknak pegi sebab sorang lelaki je ke, sebab aku ni mengada-ngada, sebab aku ni sangat tak rasional, semua aku tak heran. Sebab, mulut orang, dan hati aku. Aku tak dapat nak tutup mulut orang dan orang tak mungkin faham hati aku. Senyum je la eh? :)

Oh, aku nak share pandangan aku. Dan mungkin jugak pandangan orang lain. Kita berkongsi pandangan yang sama.

Tidak ada manusia yang diletakkan ke dalam hidup kita dengan sia-sia. Sama juga dengan Tuhan tidak pernah menciptakan suatu apa pun dengan sia-sia. Kalau seseorang itu membahagiakan, Alhamdulillah. Kalau dia menyakitkan hati, Alhamdulillah jugak. Sebab, itu maknanya Tuhan sedang menguji kesabaran hati kita. Tuhan nak naikkan taraf kita di sisiNya. Tuntasnya, Tuhan sayang kita.

Eh, Tuhan sayang kita? Bahagianya! :D

He has so many creations, and yet He never forgets me, but I only have One Creator, and I’ve forgotten him countless of times.
Shaykh Saadi 



p/s: Sebab lagi satu, mak aku tak kasi pegi lagipun. -,-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...