Thursday, 4 April 2013

Missing a friend.

Bismillah.

Ada seorang sahabat. Aku tau dia tengah berperang dengan perasaan. Kadang nak buat baik, kadang rasa sangat susah nak buat baik. Aku dapat tengok dia dah taknak ngumpat-ngumpat. Pastu hari tu masa kitorang stay masjid lepas zuhur nak tunggu asar, aku nampak dia tengah baca al-Ma’thurat. Serius, ada air mata yang bertakung tapi tak tumpah. Terharu weh!

Aku pun tak baik mana. Tapi bila nampak kawan-kawan berubah ke arah kebaikan tipu kalau aku tak happy. Kalau aku boleh peluk dia masa tu aku dah peluk dahhh..

Mungkin, orang yang nak berubah ni perlu space dia sendiri kot. Banyak benda kena adjust. Jadi, dalam proses penambahbaikan tu uzlah mungkin penyelesaian terbaik. For some people.

Cuma nak cakap, I’m happy for you. Aku sokong kau. Walaupun aku rindu saat berdua makan ais krim dekat longkang kolej lama pastu panjat pagar sama-sama. Good old time.

Sincerely,
Someone who is missing you.
Me.



Sangkaan manusia bukan kemestian. Berapa banyak yang bersangka-sangka pada permulaan, tapi akhirnya mereka sendiri terpaksa akur dengan kebenaran di pengakhiran.
—     Qawiem Khairi

3 comments:

Norhaizan hakim said...

Alhamdulillah 'teman' itu sudah berubah..betul rasanya di perlu ruang sekarang tetapi perhatikanlah dia dari jauh..mungkin dia kelihatan perlukan 'pelukan', NV sudah bersedia mendepakan tangan.

NoorVictory said...

In shaa Allah kak. Dia akan sentiasa diperhatikan walaupun dari jauh. :)

diana said...

kawan yang baik sentiasa menyokong dan disisi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...