Assalamualaikum.
Pernah
tak berdepan dengan situasi hilang kawan? :)
Kalau
tak pernah, Alhamdulillah. Ukhwah anda best. Kalau pernah, in shaa Allah ada
ibrahnya (kalau kita bermuhasabah diri dan tidak menyalahi sebelah pihak
semata-mata tanpa menuding jari kepada diri sendiri).
Aku
yang dulu adalah spesies manusia yang tak suka hilang kawan. Kecik-kecik dulu
kalau ada orang taknak main dengan aku sampai petang aku akan merajuk sampai
besok pagi. Bayangkan, aku akan paksa kawan aku tu stay kat rumah main segala
macam benda yang aku ada sampai ke petang. Atau paling takpun, sampailah ibu
bagi isyarat suruh kawan balik sebab ibu nak tidur petang atau nak
bersantai-santai tanpa gangguan atau nak suruh aku baca sifir. -,-
Makin
aku meningkat dewasa, aku pun mula belajar betapa pentingnya untuk memberi
ruang kepada semua orang. Termasuk sahabat sendiri. Semua orang ada pilihan
masing-masing. Dan adalah tidak rasional dan sangat tidak matang untuk memaksa
sahabat kita itu untuk menurut semua kehendak kita termasuklah untuk menjadi
best friend forever.
Kawan
kita pun ada pilihan dia sendiri. Kadang-kadang, dia akan pilih untuk tidak
berkawan dengan kita. Bukan sebab dia benci kita (harap-harap taklah sampai kes
benci) tapi sebab mungkin, kita tidak sefikrah, setiap perkataan kita
menyakitkan hati dia, kita ada aura negatif yang boleh membuatkan imannya
turun menjunam dan lain-lain sebab yang boleh merosakkan dirinya atau juga diri
kita. Sebab salah satu peraturan untuk mengecap bahagia ialah dengan membuang
orang yang menjadi toksik dalam hidup kita, kan?
Kadang-kadang kita tak sedar kita dah buat kesilapan terbesar yang membuatkan
kawan kita sakit hati sangat-sangat. Sebab kita cumalah manusia yang tidak
sempurna dari segala segi. Termasuklah mempunyai amnesia setelah berbuat silap.
Dan kawan kita pun manusia biasa yang ada iman turun dan naik. Sudah tentu kita
tidak mahu bertanggungjawab dengan menjadi toksik dalam hidup dia yang
membuatkan imannya turun menjunam, kan?
Apa
yang kita boleh buat ialah berdoa, semoga kawan kita itu memaafkan apa saja
kesalahan kita, memperbaiki diri supaya kejadian hilang kawan tak terjadi lagi,
mendekatkan diri kepada Allah yakin dengan teguhnya bahawa Allah tidak akan
meninggalkan kita walau apa pun yang terjadi untuk menghilangkan perasaan
forever alone, berusaha untuk mencantumkan kembali ukhwah yang terputus (tapi
jangan annoying sangatlah caranya sampaikan kawan tu menyampah sangat-sangat)
dan berdoalah agar Allah memberi kita hidayahNya untuk memperbetulkan diri,
agar Allah kukuhkan ukhwah kita dan sahabat-sahabat, dan jangan lupa doakan
kawan yang menjauhkan diri dari kita itu semoga Allah sentiasa menjaga dia
dengan rahmatNya.
Bagi
aku, mendoakan kebahagiaan untuk orang lain adalah salah satu daripada antara
terapi terbaik. Tak percaya? Cuba? ^^,
Semoga
Allah memeluk sahabat-sahabat tercinta ku dengan rahmat dan kasih-Nya yang
tidak putus-putus. Sahabat-sahabatku sayang, aku mencintai kalian kerana Allah.
Kalau aku silap, mohon beritahu. Mohon
tunjuki aku jalan yang benar, jalan yang Allah redhai.




3 comments:
IM seorang pengingat. Kalau dah berpisah lama, IM tetap kirim kad raya pada mereka walaupun tak berbalas!
I've lost a lot of friends that I met since my highschool, maybe it's my own fault for not contacting them for a while, or maybe they all busy with their own life as well.
Pernah hilang kawan :'(
Post a Comment