Saturday, 27 April 2013

DON’T DRINK AND DRIVE.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Okay aku baru je habis tengok Indiana Jones dengan kawan baik. Sebabnya dia takut tengok sorang-sorang. Dan nasib baik dia offer tengok sama-sama sebab aku nak termuntah tengok babak korek jantung dan bakar orang dalam air panas berapi menggelegak. Yaiks!

Tengok movie ni sebenarnya tugasan kitorang. Lepas tengok, analyze. Hah, nampak tak penyeksaannya di situ??

Lepas habis tengok movie aku pun hantar kawan aku balik rumah dia. Rumah dia blok sebelah tapi jauh la. Sebab rumah aku kat hujung blok 7, rumah dia kat hujung blok 6. Lepas hantar, aku pun balik sambil fikir nak kongsi betapa tak rasionalnya sesetengah babak dalam cerita tu dalam blog.

Fikir punya fikir, aku pun sampai rumah. Agak terkejut tengok banyaknya kasut sukan kat luar pintu sebab setahu aku, kasut sukan kitorang tak pernah berseleark macam tu dan takkan lah housemates aku pakat-pakat jogging tengah-tengah malam pulak kan? (masa tu pukul 12:35 TENGAH MALAM)

Bila aku pulas tombol pintu, tak bergerak. Masak. Aku dah lah tak bawak kunci sebab plan nak hantar kejap past uterus balik. Ngantuk. Aku try pulas lagi. Pastu sebelum ketuk aku tengok atas pintu.

8 G 5.

Ok bai. Lari.

Rumah aku 7 G 5. Aku tak tau kenapa dan bagaimana boleh terlajak 1 blok. Arghhhh -,-
This mistake does not define me ;p
DON’T DRINK AND DRIVE. DON’T DAYDREAMING WHILE WALKING.

1 comment:

whitecappuccino said...

hehe..nasib baik berkunci..mahunya terus masuk...entah apa adegan seterusnya.jeng..jeng..jeng.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...