Friday, 19 April 2013

Hang out dengan kawan-kawan baik.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Okay. Hari ni kawan baik 1, 2 dan 3 nak buat seprais hari jadi untuk kawan 4. Tapi disebabkan misscommnication, aku ingatkan seprais tu tak jadi nak dibuat. Hehe.

Oleh sebab aku ingat aku free malam ni, aku yang dah lama teringin nak melepak dengan kawan baik 5 pun hantar satu pesanan ringkas kepada beliau cakap nak tidur bilik dia malam ni. Kawan baik 5 pun cakap ok dan ajak gi usrah sekali dengan dia. Hehe. Haoyeah! Eh, silap. Alhamdulillah.

Pastu, petang tadi aku pun siap beli rojak Singapore kat pasar malam konon nak melantak sama sambil berborak sampai pagi tentang apa-apa je yang nak di catch-up. Lepas beli rojak Singapore aku lepak kejap kat café dengan kawan baik 6 ngan 7 (kitorang gi pasar malam sama-sama). Makan roti canai dengan teh ais. Wahh lepas ni akan selalu lepak kat café la kot makan roti canai. Hehe. Alih-alih, bila dah sampai bilik aku dapat tau seprais hari jadinya ON la pulak. Wohoo masalah ke-lambat-pikap-an ni dah makin menjadi-jadi!

Aku pun usung kaki ke rumah kawan baik 5 nak bagitau yang aku tak jadi tidur situ. Ye la, balik nanti mesti dalam pukul 1 nak catch up apa lagi, ye tak? Mata mesti dah lebam ngantuk sebab perut kenyang. Punya la aku terharu sebab rupanya kawan baik 5 pun ada belikan apam balik jagung dan tak sabar-sabar tunggu aku datang. Ahhhh meraung la camni!

Pastu kitorang borak kejap cerita-cerita sambil tunggu kawan baik 1, 2 dan 3 ambik aku kat kolej kawan baik 5. Kolej kitorang jauh. Bayangkan nak menapak sorang-sorang malam-malam. Tapi sebab rasa bersalah, aku redah je! Makan, borak, makan, borak. Sebelum balik sempat lagi borak pasal buku. Aku rasa link kitorang memang kuat kat buku lah. Pastu aku apalagi pinjam la buku dia satu. Buku Bidadari Surga pun tak habis baca lagi, inikan nak baca buku lagi satu. Thesis bila nak siap kalau macam ni cik Bedah oiii..

Buku pinjam
Buku tak habis baca lagi
















Setengah jam jugak lah kitorang borak baru lah kawan baik 1, 2 dan 3 sampai. Hehe. Tapi takpe kawan, satu hari nanti I’ll sure make it up for you! In shaa Allah. Aku nak sangat borak-borak pasal buku sambil minum kopi dengan kau sambil tengok masjid dari tingkap tingkat 4 kau tu. One day, one fine day in shaa Allah.

Birthday tadi? Kenyangg. Best kan dapat kawan-kawan kaki terer masak? Lepas makan tu apalagi, bergambar satu family la. Keluarga bahagia seramai 9 orang gitu. Pose ala-ala Gwiyomi. Taktau apa itu Gwiyomi? Errr dia macam.. Errr kuih, pastu dalam tu ada inti kelapa. Hehe. Gurau. Try search la. Pasti jumpa. Aku suka gitu-gitu je la. Just for fun nak mengeratkan silaturrahim dengan kawan-kawan. Takdenya nak post kat YouTube atau kat Facebook bagai. Ohhh takkan, takkan..

Hang out dengan kawan-kawan baik. Best kan? Kalau best cakap apa? :)

Alhamdulillah!

“When you look at your friends, you should look at them and be able to say, ‘This is someone who will take me to Jannah, this is the person I want to get to Jannah with.’”
— Wisam Sharieff



Oh, hah. Perut kembung sebab balik tengah malam. Angin tak habis-habis burp burp burp. -,-

3 comments:

whitecappuccino said...

assalam noor..best lepak dgn kwn2..rojak singapore tu camana pulak?

NoorVictory said...

Wlaikmslm kak. Rojak singapore tu macam yong tau fu tapi kuah dia kacang. Nanti kalau saya beli saya tangkap gambar tunjuk akak eh. :)

whitecappuccino said...

ooo..ok ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...