Assalamualaikum.
Angin
sepoi-sepoi menerjah masuk melalui tingkap yang sengaja ku buka. Biar angin malam
menarikan langsir coklat itu. Biar angin malam menyejukkan hati yang panas
bergelojak dengan rasa.
7
minggu lagi. Ya, 7 minggu lagi dan semua ini akan berakhir. Semua ini. Pengakhiran
ini lah yang dulunya sering dimomokkan sahabat-sahabatku. Betapa mereka tidak ingin
hari terakhir itu tiba. Bukan cinta pada kampus, bukan cinta pada tugasan, tapi
cinta pada teman-teman seperjuangan. Teman seperjuangan sepanjang 4 tahun
perjalanan.
Seputar
masa bersama-sama, banyak yang telah dipelajari. Tentang ragam manusia, tentang
lumrahnya hidup, tentang fitrahnya dunia. Begitulah. Yang faham, yang berjaya
mengendong pengalaman, yang tahu berlayar di arus deras kehidupan, mungkin akan
bahagia setelah keluar nanti. Tapi kalau yang masih tercari-cari, mungkin akan
belajar lagi di suatu dunia yang baru. Selepas ini. Ya, selepas 7 minggu ini.
Terbanglah
cinta, terbanglah sayang, tebarkan sayap mawaddah, bertebarlah di bumi Tuhan,
banyak-banyaklah mengumpul teman, untuk dikumpulkan bersama di syurgaNya nanti.
Pengalaman
yang dikaut ini nanti mudahan menjadi pedoman hidup. Kalau tidak dapat
diaplikasikan di kehidupan ini, turunkanlah pada anak dan cucu. Agar kesilapan
kita, tidak menjadi kesilapan dan sesalan mereka.
Aku
taktau lah korang faham ke tak motif entri ni atau aku je syok sendiri.
Faham-faham
lah bila aku dah rajin update blog maknanya ada masalah dalaman la tu! *taip 10
esaimen laju-laju kejar dateline yang sama - pengsan



3 comments:
Sorry kwn.. aku sllu tiada masa ko ssh, masa ko sdih.. I'm lacking u know. nway, i wish u all the best.. learn a lot n b hpy.
p/s can u smile?
Hehehe. You know what, you were never there when I need you. But you were there when I REALLY REALLY need you. In a way, you're actually teaching me on how to be independent.
Don't worry about me. Ko pun take care. Jangan risau aku tau mana mau cari ko ;p heee
thanks for the doa noor...selamat menempuh alam baru 7 minggu lagi..semoga noor akn terus berjaya.
Post a Comment