Semalam
aku tak berapa sihat. Jadinya, masuk kelas cuma boleh bagi kerja dan duduk
depan dan tanda kerja murid. Sekarang minggu sukan. Masuk kelas pun murid-murid
memang tak ramai yang bagi perhatian. Masing-masing tengok orang tengah
bersukan kat padang. Semua kepala keluar ikut tingkap. -_-"
Banyak
cabarannya menjadi seorang guru ni kan? Untuk guru-guru yang telah sabar
mendidik aku, terima kasih yang tak terhingga. Semoga Allah permudahkan urusan guru-guruku. Dan semoga ilmu yang telah guru-guruku sampaikan menjadi bekalan guru-guruku di akhirat kelak.
Hari Jumaat ni aku nak kongsi sesuatu yang aku jumpa kat tumblr.
Hari Jumaat ni aku nak kongsi sesuatu yang aku jumpa kat tumblr.
Allah
mengetahui
Apabila
anda melakukan sesuatu untuk seseorang dan mereka tidak bersyukur,
Apabila
anda berdiri untuk berdoa pada waktu awal pagi ketika seluruh dunia sedang
tidur,
Apabila
anda menjaga lidah anda dan mengekangnya dari biadab,
Apabila
anda tidak berhujah dengan ibu bapa anda walaupun anda tahu anda betul,
Apabila
anda melakukan perkara yang betul ketika tiada yang melihat,
Apabila
anda mendoakan musuh anda dan bukannya menyakitkan mereka dengan
kata-kata yang kesat,
Apabila
anda melakukan yang terkecil daripada terkecil kebaikan, begitu kecil sehingga
anda sendiri lupa tentang kebaikan anda itu .. Allah mengetahui.
Sesungguhnya
Allah itu Maha Mengetahui.
Kan
dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8 Allah ada sebut barangsiapa yang mengerjakan
kebaikan atau keburukan hatta sebesar zarah pun akan dihitung juga oleh Allah.
;)
Jadi,
jangan bersedih dan jangan risau-risau ya sahabat-sahabat sekalian. Sekalipun
anda tidak dihargai manusia atas segala kebaikan yang anda lakukan, yakin dan percayalah Allah
sedang memerhati anda dan Allah Maha Tahu tentang segala perbuatan anda itu.
Salam
Jumaat semuanya! Semoga urusan kita dipermudahkan Allah.
p/s:
Pagi-pagi sarapan sandwich letak telur dan sosej tanpa salad (sebab salad dah
habis asyik dikunyah bila bosan). Buat coffee-mix nampak asap kepul-kepul
keluar dari cawan hati rasa tenang. Kan bagus boleh jadi asap. Terbang dan
menghilang di udara. Heh.
.jpg)
6 comments:
teringat masa pertama kali naik stage dengan kumpulan nasyid IM sendiri, surah inilah pembuka persembahan kami itu!
Sekolah anak kakak pun sedang sibuk sekarang. Semalam dan hari ini masih ada saringan, esok sukan besarnya. kakak cuti sebab nak turutserta.
Betapa setiap perlakuan kita ada malaikat yg mencatat walau sebesar manapun dosa/pahala dilakukan
IM : Wah! ada kumpulan nasyid sendiri. Mesti best. ;)
Kakzakie : Sama la kak gn skolah sy. kelmarin dgn smlm saringan. Esok sukan besar. Wah akak sanggup ambil cuti? Hee. Best!
Betul tuh kak. Semoga malaikat yg sebelah kanan yg sibuk mncatat tiap amalan kita. ;)
kan bgs kalau jadi air. nampak tenang kan? tapi ALLAH telah pilih kita untuk menjadi manusia. yang lebih baik dr segala2 nya.. ALLAH knows the best. for you and for me. amlhamdullillah. awk tenang jerk dtg blog awk ni.
zaujah until jannah : Betul. Manusia adalah sebaik-baik kejadian..;)
May Allah bless us. Always. ;)
He knows everything, anything, anytime :)
err.. kite lapar pulak baca menu sarapan.
Post a Comment