Tuesday, 8 May 2012

Jangan tutup hati kau sebab sorang lelaki.


Hari ni tekak tiba-tiba teringinkan spaghetti bolognese. Oleh itu, aku heret dua orang kawan baik untuk memenuhi selera tekak ke pizzahut berdekatan.

Tengah sibuk-sibuk mengunyah dan telan, mengunyah dan telan, tiba-tiba kawan baik 1 cakap.

“Noor, kau jangan tutup pintu hati kau untuk semua lelaki sebab kau dah gagal bercinta. Jangan tutup hati kau sebab sorang lelaki.”

Dear kawan baik, dan dear universe, aku nak bagitahu sesuatu. Aku sebenarnya dah doa hari-hari agar Allah tutup pintu hati aku untuk lelaki yang tak layak untuk aku cintai. Untuk lelaki yang tak layak untuk aku rindui. Sebelum tiba waktunya. Dan bila tiba waktu yang telah Allah tetapkan, dan bila lelaki hebat yang boleh menerima aku seadanya itu datang, aku mohon Allah bukakan hatiku seluasnya untuk dia. Semoga dia membawa aku ke syurga akhirat yang lebih manis dan kekal abadi. Sehingga waktu itu tiba, aku akan berusaha menjaga hati, memperbaiki diri. Dan seandainya dia yang ku nanti tak kunjung tiba, itu bukan bermakna aku tak buka hati aku tau. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia kejadian alam.

Wallahu’alam.

*Dah, korang takyah risau-risau pasal aku, okey? Kalau korang kahwin nanti (dan aku tak kahwin-kahwin jugak) aku tetap akan datang (insya-Allah) tanpa perasaan terkilan atau cemburu sikit pun. Aku akan tumpang gembira kalau korang menempuh bahagia nanti. Dan terima kasih sebab sudi menyempurnakan proses mengidam-makan-spaghetti aku!*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...