Bila
hidayah datang menyapa,
Jangan
cuba menidakkannya,
Ujian
itu penghapus dosa,
Mehnah
relau hati perkasa.
Bila
hati jadi perkasa,
Masalah
dipandang sebelah mata,
Kerana
dengan Yang Maha Esa,
Di
dalam hati berbunga cinta.
Bila
hati berbunga cinta,
Nak
disebarkan salam mahabbah,
Kerana
ALLAH kasihkan manusia,
Tidak
dikira jantina dan bangsa.
Bila
tak kira jantina dan bangsa,
Hidup
kan jadi aman sentosa,
Memberi
tak minta ada balasnya,
Syurga
ALLAH sasaran utama.
Bila
syurga sasaran utama,
Ikhlas
dan redha jadi tunjangnya,
Sabar
dengan ujian ALLAH,
Melaju
kita di bumi dakwah.
NoorVictory,
7:08
am,
Syawal
6, 1433H (25/08/12)

3 comments:
Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi ‘alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk mengucapkan kalimat istirja’ (Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun) ketika berlaku musibah. Allah SWT berfirman :
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" . [TMQ al-Baqarah [2] : 155-156]
Secara realitinya, orang yang ditimpa musibah akan mudah sekali terjerumus untuk bersikap putus asa (surah ar-Rum ayat 36). Allah SWT menegaskan bahawa sikap tersebut adalah sikap yang kufur sebagaimana firmanNya :
"Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." [TMQ Yusuf (12) : 87] .
Antara hikmah musibah adalah untuk diampunkan dosa-dosanya. Sabda Rasulullah SAW :
"Tiadalah seorang Mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya." [HR Bukhari dan Muslim]
puitis. :) hehe
penuh mkna, mendalam. like :)
Kak Ya : Thanks for the reminder! Heee~ looking forward to meet you in person. ;P hehehe
Missha : Ini pantun orang baru bangun tidur.. Hehehheheh~
Thank you! ;)
Post a Comment