Burung berkicau
lagi,
Mentari menyinar
lagi,
Bayu berpuput lagi,
Dan mata, berkudis
lagi.
Apa kau tak mahu
celik lagi?
Dunia sudah siang,
Cahaya menyinar pagi,
Apa kau masih lihat gelap lagi?
Yang semalam itu kan
semalam.
Semalam itu sudah
berlalu bukan?
Ayuh,
Celik, buka mata dan
buka hati,
Bangun menghadap
Ilahi!
Sedang tunggu waktu
dhuha, sedang cuba buka mata dan buka hati seluasnya.
NoorVictory,
7:54 am
Ramadhan 22, 1433H,
ZS Infinity, Kuala
Selangor.

2 comments:
kata2 yang meaningful :) tq ^^
Semua yang baik itu dari ALLAH. La syukron 'ala wajib. Heeee =)
Post a Comment