Banyak yang dia tak
tahu,
Tentang pelajar dan
guru-guru,
Tentang tempat dan
sekolah baru.
Dia masih baru,
Dengan suasana yang
haru biru,
Dengan pelajar yang
ragam beribu,
Dengan kawan-kawan
baru.
Dan dia minta bantu,
Pelajar, tolong
jangan begitu,
Guru, tolong ajarkan
aku,
Tentang selok belok
dunia baru.
Dia masih baru,
Dia tak mahu nampak
lesu,
Dia tak mahu dilihat
kelu,
Dia mahu kelihatan
ceria dan yakin selalu.
Dan bila suasana
baru,
Ragam pelajar yang
beribu,
Kerenah rakan-rakan
baru,
Membuat dia hampir
jatuh,
Dia mahu tetap sabar
selalu,
Mengadu cuma pada
Tuhan yang satu.
Dia guru baru,
Dia mahu bawa
sesuatu yang juga baru,
Dia mahu kerjasama
pelajar dan para guru,
Bersama, membina
generasi berilmu.
Dilema guru baru,
tunjuk ajar ku sifu.
NoorVictory,
Ramadhan 18, 1433H.
HAHAHA. Sendiri nak tergelak dengan puisi sendiri. Jangan harap akan
ikut saranan kawan-kawan untuk hantar ke majalah sekolah.
p/s: Puisi bagi aku adalah ayat kontot-kontot yang aku letak space lepas
beberapa baris.

2 comments:
hehe..kenapa tak nak hantar? :D
okay je kalau hntar. nice :)
awak,
kenapa ya Allah hadirkan mereka dalam hidup kita? bukan mengeluh cuma ajak berfikir.
mungkin kita sebelumnya kurang sabar, Allah tarbiyah kita dengan kesabaran.
mungkin juga Allah mahu uji, setelah pelbagai nikmat Allah beri dan tunaikan, adakah kita akan berputus asa?
mungki ada sikecil yang sentiasa memerhati, setiap tindakan kita jadi ikutan si dia. jika kita buat tak baik? naudzubillah min zalik.
Allah dah tulis kisah kita, puluh ribu tahun sebelum Allah menemukan langit dan lautan.
moga hujungnya cerita Syurga.
Al-baqarah 155-157
P/s: awak tinggal komen-tak-boleh-publish tu. awak kata ada utk saya. tapi mungkin awak terlupa attach link? heee ^___^
Post a Comment