Dia tak perlu dekat,
Tak perlu jauh,
Dia dekat dan jauh
sekadarnya.
Dia tahu hati ku.
Mungkin dia pernah
sakit seperti aku?
Justeru itu dia tahu
hati dan rasa ku?
Yang aku tahu,
Dia selalu cuba
mengingatkan aku,
Tentang Tuhan ku
yang satu.
Dan aku suka itu.
NoorVictory,
Kuala Selangor,
01/08/12.

3 comments:
bukan senang nak depat teman yang sentiasa mengingatkan, dan menjadi teman seperti itu pun tidak mudah :) <---ayat skema tahap tak tahan :)
Kerana ada DIA maka dia ada
Biarpun dia di hujung benua
Atau hanya berbisik kata
DIA sentiasa Ada pada hati kita,dia dan mereka.
Tentang rasa
Tentang lara duka nestapa
Tentang kecewa juga durja
Hanya pada yang merasa
Tahu apa yang kita rasa.
Berbisiklah padaNYA
Kerana DIA .. Dan hanya DIA yang paling mengerti.
:)... I will try to find time to meet you in person. Hopefully before I fly.
Missha : Heeeee~ ayat skema anda itu dapat 10 markah. 5 markah utk isi, 5 markah untuk struktur ayat. ;P
Kak Ya : Nice one! ;)
Fly? Again? Wuwuwuwuwuwuwuwuu~ Harap-harap sempat jumpa! ;)
Post a Comment