Khas buat pengunjung dan pengikut blog Kepingan-kepingan Hati.
Aku
tahu banyak yang telah merengsakan mu dalam hidup,
Dan
kerengsaan itu adakala membuat mu hampir memilih untuk rebah.
Jangan.
Pilih untuk terus gagah.
Selalu
ingat, sekalipun semuanya meninggalkan mu,
(kalau
ini membantu), kau masih punya aku.
Dan
kita, masih punya Tuhan yang satu.
Dan
nanti,
Aku
juga akan pergi menurut janji Kekasih ku,
Dan
saat itu cuma tinggal kamu,
Dan,
Tuhan
kita yang satu.
Jadi
dengan itu,
Mulalah
membuat pergantungan mu,
Dengan
Tuhan kita yang satu.
Kan
aku dah cakap,
Perlahan-lahan
kalian akan lihat aku bangun, berjalan, dan berlari. (virtually, of course)
Aku
sudah bertatih dari jatuh ku,
Dan
kalian yang sudah berlari tahniah aku ucapkan,
Tapi
yang masih duduk merenung luka,
Tolong
bangun selepas mati ya?
Doakan
selepas ini aku akan berlari pula.
Berlari
dan terus berlari,
Menuju
cinta yang hakiki.
p/s:
Buat insan kuat yang aku kenali sepanjang membentuk kepingan hati ku ini,
terima kasih kerana sudi menyalurkan kekuatan yang bersisa itu. Dan aku,
insyaALLAH akan selalu memberi ruang untuk kalian dalam doa ku.
Dan bukan, blog ini bukan
terhasil di alam maya ini kerana aku pandai menulis. Tapi ni salah satu terapi jiwa
ku, cara itu membaik pulih kepingan hati ku yang hancur, dan aku selalu berdoa untuk
yang pernah merasai sesuatu yang sakit seperti aku akan turut dapat ‘menterapikan’
jiwa melalui penulisan ku
Salam
sayang untuk semuanya.
Mahu cuba
buat puding kastard berkuah. Buat pagi-pagi letak dalam peti ais supaya petang
nanti masa berbuka jadi sejuk dan selesa di tekak. :P ehehehe

14 comments:
Kita punya Tuhan yang satu :)
sama-sama kita lari menuju cinta hakiki :)
eh2..pos sikt puding tu :) hehe
Langkah kena teruskan walau macamana kecewa mengasak perasaan kerana selagi diberi peluang gunakan sepenuhnya utk mencari bekalan di dunia akhir yg kekal kelak..
Keep strong!:)
Akak tak pernah menyesal dengan apa yg telah berlaku di masa lalu kerana itulah yg telah membantu membentuk siapa diri akak sekarang. Dan kini berdoa semoga akan menjadi insan yg lebih baik kerana amat penuh dengan kejahilan..
Semoga terus tabah dan cekal dgn ujian yg mendatang...
(^___^)
puisi-puisi awk buat motivasi utk saya. pandai awk cipta!
thank you noor ^______^
salam kenal dan selamat berpuasa..:)
Missha : Jom! Heeeee
p/s: Pudingnya jadi tapi kuahnya failed. :(
Kakzakie : Betul tuh kak. Dunia cuma persinggahan, kan? :)
Kak Ayu : You too kak! May Allah bless us! :)
p/s: Kirim salam peluk cium utk Yayan. Hee
Kak Dinas : Betul kak. Segala pengalaman dengan kenangan kita tuh tak diizinkan jadi oleh ALLAH kalau bukan ada hikmah di sebaliknya. Kan kak? :)
Masz Sidek : Terima kasih. You too! :)
Karukord Jagau : Terima kasih untuk anda juga! :)
p/s: Agak lama jugak xnampak.
Shema : Untuk memotivasi saya juga. Terima kasih! :)
p/s: Your blog makes me smile too! Always!
Kak Kamsiah : Salam kenal dan teriam kasih sudi singgah, kak. Selamat berpuasa juga! :)
Assalamualaikum dik...
Semoga sntiasa kuat dan sabar hadapi segalanya...
p/s..sedapnya puding kastad berkuah....
Wlaikmslm kak. :)
Terima kasih. Akak pun, semoga terus kuat dan sabar dengan kerenah semuanya.:)
Memang sedap kak. Tapi kuah yang saya buat failed.. Wuwuwu :(
Semoga hari ni lebih baik Dari semalam..Dan hari esok lebih baik dr hari ni..
im happy for you
for the sake of Allah
alhamdulillah
Kak M : Semoganya macam tu la kak. Heee~ untuk akak juga! :)
azzizatu.huda : Thank you!! :)
Post a Comment