Assalamualaikum.
Hari
ini ada kejadian yang sangat melucukan. :P dan aku rasa budak-budak yang tak
datang sekolah memang sangat rugi sebab ini kejadian cuma setahun sekali je
korang nampak. HAHAHAHA
Hari
ni lesson plan berjalan lancar. Semua pelajar bersungguh-sungguh main game. Bagus.
Aku pun dengan senang hatinya melangkah ke bilik guru. Gumbira! :D
Apa
yang aku dapat? Yeah, aku dapat berita. Berita buruk.
“Noor,
kau tau tak?” kawan aku buat muka toya. Aku telan liur. Payau. Tahu apa?
“Pn.
Kelly (HAHAHA nama ikut sesedap tekak aku) suruh kita buat persembahan. Koir. Empat
orang.” Aku telan liur lagi. Kan best kalau liur rasa jus oren ke, teh susu ke,
sedap sikit nak telan.
Memang
mati kutu la. Taktahu nak buat apa. Kawan aku siap nangis. Taknak nyanyi
depan-depan semua orang.
“Fiqh
wanita baru je keluar pasal suara aurat wanita wehhhhhhhh..” merambu-rambu air
mata kawan aku.
Aku
pun macam cemas. Nak buat apa? Nak nyanyi jugak? Ke nak tukar buat benda lain? Puisi
ke? Aku dengan kawan aku yang nangis je minat puisi. :P HAHA. Tapi aku dah lama
sangat kot tak berpuisi bersajak bagai. Aku dapat bayangkan kalau aku berpuisi.
Lawak. Sekurang-kurangnya tak lah melalak. :P ah, tapi kalau puisi lagi lah
mendayu-dayu melentok-lentok bunyi suaranya, kan? Ngaaaa~ mati kutu lagi.
Kitorang
pun jumpa dengan penyelia petang tuh. Cakap nak buat koir sekali dengan budak
je.
“Tak
boleh. You kena buat persembahan sendiri.” *rahang jatuh
Dan,
kitorang pun pilih lagu Tanggal 31. HAHA. Dan kitorang pegi dari kelas ke kelas
warning budak-budak suruh nyanyi sama-sama dengan kitorang nanti. Semua dah
setttt. Nyanyi dengan iringan lagu dan back up suara dari pelajar.
Tiba
lah masa yang ditunggu-tunggu. Habis persembahan tingkatan 1 dan 2. Dan tiba
lah persembahan dari guru-guru praktikal. Sebut nama, one by one!
Dengan
semangatnya kitorang nyanyi siap suruh semua pelajar berdiri nyanyi sama sambil
kibar bendera. HAHA. That was one fine closure untuk Majlis Sambutan Hari
Kemerdekaan Yang ke-55 Sekolah Menengah Kebangsaan XXXX.
Nak
tahu pelajar-pelajar cakap apa?
“Terbaekkkkk..
Suara sengau!” cis! Kau siap nanti aku tangan-tangankan kau Isnin depan! HAHAHA
“Cikgu!!!!
(sambil tunjuk dua thums up pastu siap nak salam” HAHAHA. Yang ini lawak. Ini student
India. Aku pernah masuk kelas dia. Relief. :P
“MERDEKA!!”
Aku
terharu weh. Masa aku nyanyi, aku tengok budak-budak yang aku ajar, yang aku pernah
reliefkan dan aku terfikir, macamana ek kalau aku dah habis praktikal nanti. Aku
akan rinduuuuuu setengah mati kot! :( sobsobsob.
Terima
kasih sudi baca entri luahan hati dengan 402 patah perkataan ini. :P heee


6 comments:
Noor...
Kakya mmg gelak giler baca entry 402 patah perkataan ini.
Hahahaha.. Tang sengau tu yang tak tahan tuu.. Siap thumbsup dual jari sekali.. Ekekekekek..
Kalau air liur rasa jus atau ribena.. Setahun puasa pun kakya sanggup.. Ekekekek..
Kelakar,,, I cannot imagine u girls punya muka masa nyanyi... Adeh! Adeh! Sakit perut gelak.. Ekekeke..
kisan nor mengingatkan akak masa akak pktkal dulu...akak dan kwan nyanyi lagu warisan..syok sndiri....hehehe...budak2 snyap jer...
Selamat Hari MERDEKA. MERDEKA jiwa dan raga...
Salam.
Terpaksa nyanyi jugak ye? Hehe. Suara sengau nasibla, diorang yang dengar.
hak2 bukannya senang jadi guru ni.. kena menyanyi kt atas pentas lagi tu xD
hehe..
noor..kdg2 jd cikgu ni ada benda yg terpaksa dibuat wpun dlm hati setengah mati tak nak buat...:-)
Post a Comment