Bukan kerana aku tak
cinta.
Aku bukan pemuisi
cinta.
Bukan kerana aku
tiada cinta.
Hasil tulisan ku kan
juga cinta?
Yang aku sampaikan
bukan cinta?
Aku cinta pada
tulisan,
Aku cinta pada
puisi,
Aku cinta pada
Pemberi ilham,
Maka aku tulis,
Maka aku berpuisi.
Aku cinta pada anda,
Aku tahu anda luka,
Aku tahu anda
sengsara,
Maka aku sampaikan
cinta,
Supaya anda tak rasa
sendiri merana.
Jadi, masih hendak
kata aku tak ada cinta?
Masih hendak kata
aku keras tak merasa cinta?
Justeru kerana
cinta,
Aku ada.
Kerana cinta, aku
tahu luka.
Kerana cinta, aku
masih melangkah,
Kerana cinta, aku
tahu Dia ada.
Cinta itu subjektif,
terpulang kepada anda, penilainya.
NoorVictory,
Ramadhan 18, 1433H,
2:21 am

4 comments:
cinta memang begitu
http://thefikirman.blogspot.com/2012/08/ajaib.html
Love is universal..
It is beautiful to say and it is hurting sometimes. :)
yeah. cinta itu subjektif :)
Hidup akak penuh dengan cinta. Sentiasa :)
Post a Comment